
Jumaat, 23 September 2011
Budak 2 Tahun Diperkosa Di Rumah Pengasuh

Polis sahkan suspek cuba perkosa mangsa sebelum bunuh, bakar

Penipu surat sokongan MB diberkas

Khamis, 22 September 2011
Penyamun Geng Dol berkubur

Pertaruh nyawa lintas titi reput
Jumaat, 5 Ogos 2011
Shahrizat: Pelajar tak patut sertai motivasi ‘ala penjara’
KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan pihak pengurusan sekolah sepatutnya tidak menghantar pelajar untuk menyertai kursus motivasi di penjara ekoran aduan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda, Johor Baru minggu lalu.
Berikutan kursus motivasi itu sekumpulan 32 pelajar mendakwa melalui pengalaman mengerikan apabila ditendang, ditumbuk, malah ada yang berkata mereka digari dan dikurung dalam sel tahanan oleh warden ketika mengikuti kem motivasi “ala penjara” anjuran sekolah di Penjara Kluang pada 29 hingga 31 Julai lalu.
Sepanjang tiga hari program berlangsung, kumpulan pelajar tingkatan satu, dua dan empat sekolah berkenaan mendakwa dilayan umpama banduan apabila makanan mereka dicatu, diarah berbogel, melakukan ketuk ketampi dan tekan tubi berulang kali serta hukuman lain setiap kali melakukan kesalahan.
Selain itu, kesemua pelajar berkenaan turut dicukur umpama banduan sebenar.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, pelajar-pelajar tidak sepatutnya diberi pendedahan kepada kursus motivasi sedemikian.
“Kementerian menegaskan bahawa program kursus motivasi di penjara seperti ini tidak dapat menjamin keberkesan dalam membendung masalah penyalahgunaan dadah dan penglibatan jenayah di kalangan kanak-kanak.
“Kajian antarabangsa juga mendedahkan bahawa kesan daripada program seperti itu gagal untuk menghalang kanak-kanak daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan jenayah, sebaliknya akan menggalakkan mereka untuk bertindak sebaliknya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru jelas beliau, pengurusan sekolah sepatutnya mengadakan kursus motivasi yang sesuai dengan peringkat umur pelajar.
“Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat lebih cenderung mengesyorkan pendekatan pemulihan untuk jenayah kanak-kanak dilakukan, yang mana pendekatan ini boleh mengembalikan mereka kepada kehidupan biasa melalui latihan semula serta rawatan yang bersesuaian untuk membaiki kesilapan yang telah dilakukan pada masa lalu.
“Ini juga bermakna bahawa pendekatan pemulihan akan dapat meningkatkan kesedaran kepada kanak-kanak dan risiko kepada mereka apabila melakukan kesalahan jenayah, pada peringkat awal lagi,” katanya.
Shahrizat juga mengingatkan bahawa sesiapa yang melakukan penderaan terhadap kanak-kanak boleh didenda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali, mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001.
“Juga di bawah Seksyen 319 Kanun Keseksaan, kesalahan menyalahgunakan individu termasuk kanak-kanak seperti menyebabkan penderaan boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara dua tahun penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.
Bagaimanapun Jabatan Penjara menafikan dakwaan 32 pelajar lelaki itu didera secara fizikal semasa menyertai kursus motivasi di Penjara Kluang.
Ketua Pengarah Penjara Datuk Zulkifli Omar berkata hasil siasatan awal mendapati dakwaan para pelajar terbabit bahawa mereka ditumbuk, dipukul dan mendapat layanan di luar daripada batasan adalah tidak benar.
Bagaimanapun, katanya siasatan terperinci sedang dijalankan.
Hasan Ali pertahan Jais, dakwa ada usaha murtadkan Muslim
KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu majlis makan malam Gereja Methodist Damansara Utama semalam atas alasan ada bukti mahu memurtadkan umat Islam.
Hasan menegaskan maklumat yang beliau diterima menunjukkan terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan malam tadi.
Tambah beliau, pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan “Quran” dan “pray” diselitkan pada ucapan di majlis itu.
Hasan (gambar) menambah seramai 12 orang beragama Islam telah menghadri majlis tersebut tetapi tiada tangkapan dibuat.
Mereka disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.
“Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan,” kata beliau menerusi kenyataan akhbar petang ini.
Bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu menambah anggota penguat kuasa Jais dan polis telah menjalankan pemeriksaan di bangunan gereja itu walaupun cuba dihalang oleh pihak penganjur.
“Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai,” kata Hasan lagi.
Jelas beliau, apabila majlis hampir tamat, Jais dan polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan bagi menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.
“Pegawai pengua kuasa Jais dan polis mendapati ada percubaan di kalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang,” katanya.
Kenyataan itu berkata kesemua 12 mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di Jais untuk siasatan lanjut.
Terdahulu dalam satu kenyataan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri Selangor memandang serius tindakan Jais dan polis menyerbu majlis makan malam muhibbah itu malam tadi.
Khalid berkata beliau secara peribadi telah menghubungi Pastor Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden tersebut.
“Saya memberitahu beliau bahawa saya telah minta Jais menyediakan laporan penuh mengenai insiden ini, termasuk sebab-sebab terperinci serbuan tersebut dilakukan.
“Saya berharap dapat berjumpa dengan Pastor Daniel Ho sebaik sahaja laporan lengkap ini diterima,” kata beliau.
Sehubungan itu, Khalid menegaskan, kerajaan Selangor selalu menghormati kebebasan beragama dan hak semua pihak untuk meraikan kebudayaan dan kepercayaan mereka.
Beliau juga mengulangi bahawa kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada perbincangan dan dialog mengenai keharmonian dan toleransi di kalangan rakyat yang pelbagai agama serta amat menghargai usaha-usaha meningkatkan kefahaman antara agama sekali gus menyatupadukan rakyat.
Ho berkata, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis gereja itu tanpa waran kira-kira 10 malam tadi.
Majlis itu dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum.
“Ini adalah majlis makan malam bagi orang ramai datang atas semangat 1 Malaysia. Kebanyakannya beragama Kristian... ada juga (hadirin), kira-kira 15 orang Melayu,” katanya lagi.
Pihak berkuasa berkenaan menyoal siasat hadirin tetapi tiada sesiapa pun yang ditahan.
Gara-gara langgar arahan, guru tertoreh kepala pelajar
KUALA TERENGGANU, 4 Ogos — Seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Marang cedera di kepala selepas tertoreh pisau yang dipegang seorang guru dalam kejadian tengah hari semalam.
Akibat kejadian 12 tengah hari itu, Mohd Hafirza Mujahid menerima lima jahitan di sebelah kiri kepalanya.
Guru berusia 55 tahun tersebut ditahan polis kira-kira 12 jam kemudian.
Kejadian dipercayai berlaku apabila pelajar terbabit melanggar arahan guru lelaki tersebut yang tidak membenarkannya keluar kelas ketika dia sedang mengajar.
Berang dengan perbuatan pelajar itu, guru terbabit menjejaki Mohd Hafirza sambil memegang sebilah pisau kecil.
“Guru itu akhirnya menjumpai pelajar berkenaan di sebuah kelas lain dan ketika cuba menarik tangan pelajar tersebut untuk kembali ke kelas, berlaku sedikit pergelutan menyebabkan pisau yang dipegang guru itu secara tidak sengaja telah tertoreh kepala pelajar terbabit,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan dipetik Bernama Online.
Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Sementara itu, ibu mangsa Zawiyah Ibrahim, 49, memberitahu dia kecewa dengan tindakan guru terbabit.
“Kalau boleh, saya tidak mahu lagi ustaz terbabit mengajar di sekolah berkenaan kerana risau peristiwa yang terjadi kepada anak saya akan berulang kepada pelajar lain,” katanya.
Jumaat, 24 Jun 2011
Astro nafi monopoli beli program
Simpan air dalam periuk, plastik

sumber: kosmo
Isnin, 23 Mei 2011
Aerobridge KLIA pintu A2 runtuh
Ahad, 22 Mei 2011
Dua mangsa tanah runtuh di ICU
Senarai mangsa tragedi tanah runtuh
Sabtu, 21 Mei 2011
Pemandu lori disyaki curi pasir ditahan
Tanah runtuh: 20 orang dikhuatiri tertimbus
Ahad, 27 Mac 2011
Negara perlu kestabilan politik, kesinambungan pemerintahan: Najib
MUAR: Perdana Menteri berkata, negara memerlukan kestabilan politik dan kesinambungan pemerintahan untuk mencapai matlamat dan visi negara yang selama ini ditadbir urus dengan baik oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Datuk Seri Najib Razak, berkata kejayaan negara adalah sesuatu yang disusun dengan rapi untuk mencapai matlamatnya.
"Dan ia bukan sekadar impian kosong atau janji yang diperdagangkan oleh mereka yang suka menjual janji kepada rakyat. "Kita (BN) hendak kuasa kerana kita jauh lebih baik dari pihak lain untuk membela nasib rakyat dan bukan semata-mata (untuk) kuasa sahaja," katanya.Beliau berkata, pembangkang tidak mempunyai asas yang kukuh untuk memerintah negara ini dan dasar yang dicipta oleh mereka cuma sesuatu yang direka dan bersifar populis sahaja.
"Kita tak perlu warna hijau, warna biru muda, juga tak perlu warna jingga, tak perlu kerana itu janji yang diperdagangkan sahaja," katanya pada Majlis Perhimpunan Bersama Rakyat di Kampung Kenangan Tun Dr Ismail 2 di Sungai Abong, di sini, hari ini.
Najib berkata, sebagai pemimpin, beliau berpegang kepada prinsip dan pendekatan bahawa sebagai pemimpin kita tidak boleh jauh dari hati rakyat. "Menerusi lawatan seperti ini, ia akan memaut paut rasa kasih antara pemimpin selain melihat sejauh mana dasar induk dapat diterjemahkan apabila pemimpin turun ke peringkat daerah dan peringkat akar umbi," katanya.
Beliau berkata, lawatan turun ke padangnya juga membuktikan tidak ada tembok pemisah dalam apa keadaanpun antara pemimpin dan rakyat. Najib juga mengumumkan bantuan kerajaan pusat untuk memajukan bandar ini termasuk untuk membina lebih banyak perparitan bagi mengurangkan masalah banjir berharga RM4.8 juta.
"Satu lagi projek ialah memajukan "uptown" Muar sebanyak RM3 juta yang akan dikongsi sebanyak RM1.5 juta antara kerajaan pusat dan kerajaan Johor," katanya sambil memuji bandar ini mempunyai "uptown" sebagaimana bandaraya Los Angeles di Amerika Syarikat. Sebelum itu, Perdana Menteri yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam lawatan kerja ke bandar ini, mengadakan kunjungan mesra bertemu rakyat khususnya peniaga di pusat bandar Muar.
Turut serta Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan isteri, Datin Prof Dr Jamilah Ariffin; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam dan Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek. - BERNAMA
Rumah panjang terbakar, 27 keluarga terjejas
SIBU - Sebuah rumah panjang Iban Rh. Bala anak Angan, di Sungai Buloh, kira-kira 3 km dari bandar Selangau di sini musnah dalam kebakaran pagi tadi, menyebabkan 27 keluarga hilang tempat tinggal.
Dalam kejadian yang berlaku pada 8 pagi itu, seorang lelaki berusia 60 tahun mengalami kecederaan apabila cuba menyelamatkan barangannya dan kini dirawat di Hospital Sibu. - Bernama
Program Pemulihan bukti kerjasama unik KDN-Jabatan Penjara - Najib
KLUANG 26 Mac - Program Pemulihan Pemasyarakatan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merupakan kerjasama di antara Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri untuk mengurangkan kadar jenayah di negara ini.
Beliau yang menyifatkan program pemulihan pemasyarakatan itu sebagai suatu yang amat unik dan berkemungkinan 'satu-satunya yang wujud di dunia', sambil mengucapkan tahniah kepada kedua-dua kementerian itu.
Menerusi program ini, sebuah pusat pemulihan bernilai RM4.5 juta telah dibina di dalam Kem Mahkota di sini, bagi menempatkan kira-kira 200 banduan yang ditahan kerana melakukan kesalahan-kesalahan ringan.
Pentadbiran dan kawalan terhadap banduan yang berada di dalam pusat pemulihan itu adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Penjara, sebuah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Najib berkata, program pemulihan ini memberi peluang kepada banduan untuk melakukan kerja-kerja khidmat bakti dan khidmat berbayar di dalam persekitaran masyarakat. - Bernama
Pantau kelewatan bina Kampus UMK Jeli - Mustapa
JELI - Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi mengenai kelewatan menyiapkan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli.
Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata, jika pemaju terbabit gagal menyiapkan pembinaan kampus itu seperti yang dijadualkan, ia boleh menyebabkan kelewatan kemasukan staf pada Jun ini dan 800 pelajar pertamanya pada Sept akan datang.
Mengikut jadual kampus bernilai RM60 juta itu sepatutnya siap dalam masa dua bulan lagi.
"Justeru itu saya akan bertemu Kementerian Pengajian Tinggi untuk meminta agar proses pembinaan kampus itu dipantau," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak kampus itu di Gemang di sini, hari ini.
Ketika ini UMK beroperasi sementara di Taman Bendahara, Kota Baharu dan selain kampus Jeli, kampus induknya pula terletak di Bachok yang juga dalam proses pembinaan. - Bernama
Khamis, 3 Mac 2011
Sewa pesawat Boeing 747 MAS
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu akan menghantar 514 pelajar dari negeri ini kembali menyambung pengajian mereka di Mesir dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boeing 747 yang disewa khas dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dekat sini.Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri akan menanggung kos penerbangan itu dengan jumlah pelajar yang terbabit dijangka diketahui hasil perbincangan dengan MAS pada 7 Mac ini.
"Kami jangka semua pelajar ini akan dapat kembali ke Mesir pada pertengahan bulan ini jika tiada sebarang masalah," katanya di sini semalam.
Jelasnya, bilangan pelajar yang akan ditanggung oleh kerajaan negeri itu tidak termasuk 46 pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan 52 pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
sumber: Kosmo

