Isnin, 23 Mei 2011

Aerobridge KLIA pintu A2 runtuh

PUTRAJAYA: Satu daripada ‘aerobridge’ yang menjadi laluan penghubung memasuki pesawat di Pintu A2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dekat sini runtuh, semalam.

Pengurus Besar Kanan (Operasi) Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), Datuk Azmi Murad berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.55 petang ketika ‘aerobridge’ terbabit sedang diselenggara.

“Akibat kejadian itu, dua daripada tiga sambungan aerobridge di Pintu A2 terjatuh dan rosak teruk.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana aerobridge itu sudah ditutup sejak jam 3 petang untuk kerja penyelenggaraan biasa.

“Kami masih menyiasat kejadian itu untuk mengetahui punca dan jumlah kerugian sebenar,” katanya ketika dihubungi, di sini, malam tadi.

Berikutan itu Azmi meminta supaya orang ramai tidak panik kerana kerosakan aerobridge di Pintu A2 itu tidak menjejaskan operasi dan jadual penerbangan di KLIA.
 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger