
Jumaat, 23 September 2011
Polis sahkan suspek cuba perkosa mangsa sebelum bunuh, bakar

Khamis, 31 Mac 2011
Culik, bunuh pelajar: Pendandan rambut dihukum gantung
KUALA LUMPUR 31 Mac - Seorang pendandan rambut, Teoh Kim Hong dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan membunuh dan menculik seorang pelajar tingkatan empat di Kulai, Johor tiga tahun lalu.
Manakala dua rakannya yang lain, masing-masing berusia 16 tahun, dihukum penjara selama tempoh yang diperkenankan oleh Sultan Johor bagi tuduhan yang sama. - Utusan
Ahad, 27 Mac 2011
Serangan NATO bunuh tujuh orang awam di Afghanistan
KABUL 27 Mac - Satu serangan udara yang dipimpin Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh orang awam di wilayah selatan Helmand terbunuh, kata penguatkuasa semalam.
Dua lelaki, dua perempuan dan tiga kanak-kanak terbunuh dalam serangan tersebut manakala lima lagi dilaporkan cedera.
Serangan tersebut dilakukan apabila pasukan serangan NATO menyerang kenderaan yang dipercayai membawa pemberontak. - DPA
Jumaat, 25 Mac 2011
Polis Selangor jejaki 11 individu bantu siasatan kes bunuh
SHAH ALAM - Polis Selangor sedang mengesan 11 individu termasuk enam warganegara asing bagi membantu siasatan lapan kes bunuh yang masih belum selesai di sekitar Lembah Klang sepanjang tempoh tiga tahun ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd. Adnan Abdullah berkata, daripada lapan kes itu, dua kes pada 2009, empat kes pada 2010 dan dua kes pada tahun ini.
"Polis Selangor masih belum dapat menyelesaikan kes-kes bunuh ini berikutan kegagalan mengesan kesemua individu terbabit. Justeru kita berharap bantuan daripada orang ramai untuk mengesan mereka yang boleh membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.
Individu terbabit ialah K. Devandran, 20, dari Kampung Sungai Terentang Tambahan Rawang; V. Ganasan, 30, dari Kampung Baru Kundang; T.Viyay Anad, 28, dari Taman Intan, Kapar, Klang; Arwan Mohd Johari Syariff Dong, 33, dari Jalan Besar, Banting; dan S. Muniandy, 43, dari Taman Sri Layang, Mentakab, Pahang.
Warganegara asing terbabit ialah Zaw Zaw Aung, 24, warga Myanmar, dari Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 34 di sini; Aung Than Lwin, 25, warga Myanmar, dari Taman Bukit Kinrara, Puchong; MD Shahin, warga Bangladesh, 40-an, dari Taman Perdana, Kuala Lumpur; Aung Thaik, 31, dan Chit Lin, 23, kedua-duanya warga Myanmar dari Taman Desawan, Klang serta seorang wanita warga Indonesia, Zulfa Ismail, 22.
Mohd Adnan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kesemua individu terbabit supaya menghubungi Pegawai Turus Jenayah Berat IPK Selangor Supt Dennis Leong di talian 013-8010104. - Bernama

