Memaparkan catatan dengan label tujuh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tujuh. Papar semua catatan

Khamis, 31 Mac 2011

Aktor Bollywood dipenjara tujuh tahun kerana rogol amah

MUMBAI 30 Mac ? Pelakon Bollywood yang pernah memenangi anugerah, Shiley Ahuja hari ini dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun selepas didapati bersalah merogol pembantu rumahnya, kes yang mengemparkan industri perfileman terbesar dunia itu.


Ahuja dibenarkan ikat jamin pada Oktober 2009 dan diarahkan oleh mahkamah agar meninggalkan Mumbai, tiga bulan selepas ditahan atas dakwaan merogol, mengugut dan mengurung pembantu rumahnya, yang sekarang ini berusia 20 tahun. Pelakon berusia 37 tahun itu akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Mumbai, kata peguamnya Srikant Shivade kepada Reuters. Para wartawan tidak dibenarkan mengikuti perbicaraan tersebut.


Ahuja pernah memenangi anugerah Bollywood menerusi filem 'Hazaaron Khwaishein Aisi' pada 2003. Dia tetap mengaku tidak bersalah sehingga proses penghakiman. Sepanjang lebih 18 tahun sejak ditahan sehingga hukuman dijatuhkan, Ahuja sempat berlakon dalam sebuah filem, 'The Accident' yang masih belum ditayangkan. - Reuters


kredit

Ahad, 27 Mac 2011

Serangan NATO bunuh tujuh orang awam di Afghanistan

KABUL 27 Mac - Satu serangan udara yang dipimpin Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh orang awam di wilayah selatan Helmand terbunuh, kata penguatkuasa semalam.


Dua lelaki, dua perempuan dan tiga kanak-kanak terbunuh dalam serangan tersebut manakala lima lagi dilaporkan cedera.


Serangan tersebut dilakukan apabila pasukan serangan NATO menyerang kenderaan yang dipercayai membawa pemberontak. - DPA

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger