Memaparkan catatan dengan label kepada. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kepada. Papar semua catatan

Ahad, 3 April 2011

Pemandu teksi Pulau Pinang serah memorandum kepada PM

GEORGETOWN: Gabungan Pemandu Teksi Pulau Pinang hari ini menyerahkan memorandum mengenai masalah yang dihadapi oleh mereka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Memorandum itu disampaikan oleh Pengerusinya, Abdul Malik Darus, di majlis taklimat ringkas yang diadakan sejurus selepas Najib tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di sini sempena lawatan kerja sehari Perdana Menteri ke Pulau Pinang.

Antara kandungan memorandum itu merujuk kepada kadar tambang teksi bermeter yang rendah dan tidak sesuai dengan keadaan di Pulau Pinang, kewujudan teksi serta kereta sewa yang tidak berdaftar dan pertukaran status teksi kepada kereta sewa. "Ini bukan memorandum pertama kami serahkan, sebelum ini pun dah diserahkan tetapi mungkin tidak sampai terus kepada Perdana Menteri, hari ini kami sampaikan sendiri, harap dapat pertimbangan segera," kata Pengerusi Persatuan Teksi Queensbay, Mohd Shukri Yaakop.

Katanya, pemandu teksi Pulau Pinang juga berharap agar kerajaan dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengusaha dan pemilik kereta sewa tidak berdaftar.


Najib yang tiba untuk lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang turut meluangkan masa beramah mesra dengan pemandu-pemandu teksi dan sempat menampal pelekat "1Malaysia" di sebuah teksi milik Asmadi Md Salleh. - BERNAMA


kredit

Selasa, 29 Mac 2011

Tidak mustahil fitnah dikembalikan kepada tuannya

SHAH ALAM, 28 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan umat Islam jangan mengejutkan fitnah yang sedang tidur kerana bahayanya akan menimpa semua orang.


Menurutnya, Allah SWT menyatakan kejahatan fitnah bukan hanya terkena orang zalim sebaliknya akan terkena sesiapa sahaja.


Katanya, fitnah apabila melanda dalam masyarakat  adalah seperti malam gelap gelita dan sesiapapun sudah tidak dapat membezakan siapa yang ada di hadapannya.


Tuan Ibrahim berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Maghrib dalam majlis Solat Hajat dan Pidato Khas anjuran Pakatan Rakyat yang sedang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini.


Tuan Ibrahim berkata sifat fitnah, ia hanya laku ketika awal sahaja selepas itu, ia akan ditolak oleh masyarakat dan rakyat.


Beliau mengaitkan fitnah isu video seks yang ditolak selepas sahaja saiz perut pelakon kelihatan berbeza.


"Kerana itu, dalam hal ini kita kena menjaga perut kita kerana kini ia sudah menjadi bahan bukti.


"Dalam zaman teknologi tinggi kini, jika perut atau bahu kelihatan berbeza, keadaan ini masih boleh dibaiki dengan editan dalam waktu sekejap sahaja," tegasnya.


Disiplin Islam, ujarnya, menegaskan setiap berita apabila ia datang wajib dikaji selidik terlebih dahulu, bukan tayang baru hendak dikaji.


Inilah yang menyebabkan berlakunya fitnah besar, ujarnya, melibatkan maruah termasuk keluarga dan sanak saudara.


"Tidak mustahil untuk Allah kembalikan fitnah itu kepada tuannya dan jadikan fitnah itu sebagi sumber  kebangkitan rakyat," katanya.


Sementara itu selepas solat Isyak tadi, berlangsung solat hajat yang diimamkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Turut berlangsung sekarang ini adalah pidato khas oleh pimpinan PR seperti Presiden PAS sendiri, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.


kredit

Sabtu, 26 Mac 2011

Ali Abdullah sedia serah kuasa kepada orang dipercayai

SANAA 26 Mac - Presiden Ali Abdullah Saleh dalam ucapannya di hadapan penyokongnya berjanji akan menyerahkan kuasanya tetapi hanya kepada orang yang boleh dipercayai.


"Kami akan berdiri teguh dengan kamu. Terus setia berdepan dengan pelbagai cabaran. Kita tidak perlu kuasa. Kita perlu menyerahkannya kepada orang yang boleh dipercayai, dan bukan kepada tangan yang mengamalkan korup dan perlakuan terkutuk," ujarnya kepada orang ramai di ibu negara lalu disusuli dengan tepukan gemuruh. - AFP

Jumaat, 25 Mac 2011

Senarai calon akan dikemukakan kepada PM bulan depan

KUCHING 24 Mac - Senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 akan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk disahkan awal bulan depan.


Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, senarai calon sedang dalam proses untuk dimuktamadkan.


"Saya mempunyai temu janji dengan Perdana Menteri (Pengerusi BN) pada awal bulan depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Perdagangan Bangunan Keenam 2011 (BTS 2011), di sini, hari ini.


Ditanya mengenai peluang BN dalam menghadapi pakatan pembangkang yang dikatakan lebih bersedia, Taib, yang juga Ketua Menteri dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata: "Saya serahkan kepada Allah tetapi akan bersyukur sekiranya BN boleh memperoleh majoriti lebih dua pertiga." - Bernama

Rabu, 23 Mac 2011

BN Sarawak akan bergantung kepada kekuatan sendiri: Taib

KUCHING: Barisan Nasional (BN) Sarawak mesti bergantung kepada kekuatannya sendiri dan tidak mengambil kesempatan daripada kelemahan pembangkang dalam menghadapi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 16 April ini, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini.

Taib, yang juga Pengerusi BN negeri, berkata beliau sudah memberitahu gagasan BN negeri yang menguasai 63 daripada 71 kerusi DUN ketika ini supaya tidak terlalu bergantung kepada kelemahan pembangkang yang menerima satu lagi tamparan hebat berikutan kebuntuan dalam rundingan berhubung pembahagian kerusi antara Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Bergantunglah kepada kekuatan anda. Yang paling penting ialah kita (BN) mendapat kepercayaan (rakyat) dan rekod pencapaian yang baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ketua-ketua Jabatan Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia di sini. Ketua Menteri berusia 75 tahun itu, yang dipertanggungjawabkan untuk mengetuai kempen pilihan raya BN, ditanya sama ada perpecahan dalam barisan pembangkang di negeri ini, terutamanya percanggahan berhubung pembahagian kerusi akan memperkukuhkan kedudukannya dalam menghadapi pilihan raya negeri.

SNAP dan PKR kini bertelagah selepas kedua-dua parti pembangkang itu mengumumkan hasrat untuk bertanding masing-masing bagi 40 dan 52 kerusi.

Mengenai pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa pengundian akan diadakan pada 16 April, dengan penamaan calon ditetapkan pada 6 April, Taib berkata, beliau menyerahkan kepada SPR untuk menetapkan tempoh berkempen, kali ini selama 10 hari.

DUN Sarawak dibubarkan Isnin lalu untuk memberi laluan kepada pilihan raya DUN Sarawak ke-10. Penggal DUN sebelum ini berakhir pada 23 Julai.
Ditanya sama ada beliau lebih menyukai tempoh berkempen yang singkat atau lebih lama, Taib berkata, beliau tidak mahu mencampuri urusan SPR dalam perkara itu.

"Mereka (SPR) lebih mengetahui. Mereka menimbangkan dari banyak sudut," katanya.

Isnin lalu, beliau berkata, gagasan BN akan mengumumkan barisan calonnya dengan kira-kira satu perempat daripada 35 kerusi yang diagihkan kepada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), iaitu tunjang BN negeri yang beliau ketuai, dijangka menampilkan muka baru.

Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) mendapat 12 kerusi manakala Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) masing-masing lapan. - BERNAMA


Selasa, 22 Mac 2011

Dasar kerajaan kini menjurus kepada pengurusan nilai - Najib

PUTRAJAYA 22 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa dasar kerajaan kini menjurus kepada pengurusan yang mementingkan nilai dalam melaksanakan agenda negara.

Perdana Menteri berkata, kaedah pengurusan nilai itu perlu diterapkan dalam semua pengurusan projek kerajaan bermula daripada peringkat awal lagi dan ia perlu menjadi alat pengurusan bagi mencapai nilai untuk wang.

"Kita perlu menyoal andaian yang ada, adakah terdapat kaedah atau cara yang lebih baik untuk mendapat pulangan optimum kepada perbelanjaan kerajaan.

"Ada banyak contoh di mana perbelanjaan kerajaan berjaya dijimatkan dengan pengurusan nilai. Ia seharusnya merangkumi pra dan pasca projek termasuklah pemilihan lokasi, rekayasa dan reka bentuk sehingga pemilihan bahan pembinaan yang bersesuaian,? katanya semasa berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-12 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sini hari ini. - Bernama

Jumlah korban di Jepun meningkat kepada 8,800

TOKYO 22 Mac - Jumlah korban terkini di Jepun akibat bencana gempa bumi dan tsunami minggu lalu meningkat kepada angka 8,800 orang manakala 12,600 lagi masih hilang.

Jumlah tersebut dijangka akan meningkat, namun pihak polis menganggarkan jumlah keseluruhan kematian adalah seramai 18,000 orang. - Agensi

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger