Memaparkan catatan dengan label pengurusan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengurusan. Papar semua catatan

Isnin, 28 Mac 2011

Pelaksanaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal ditangguh

ALOR SETAR 27 Mac - Pelaksanaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 atau Akta 672 ditangguh ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak berikutan terdapat beberapa aspek teknikal yang perlu diberi penekanan terlebih dahulu.


Sebelum ini akta ini dicadang untuk dikuat kuasa pada 30 April ini.


"Isu ini sudah dibincangkan di peringkat Kabinet baru-baru ini dan Perdana Menteri selepas mendengar selok belok penguatkuasaannya, beliau merasa ada lagi perkara teknikal yang belum dapat disempurnakan.


"Aspek teknikal itu termasuklah kewangan dan sebagainya. Jadi (Perdana Menteri) meminta kami berbincang dengan lebih lanjut dan mendalam,"kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Selasa, 22 Mac 2011

Dasar kerajaan kini menjurus kepada pengurusan nilai - Najib

PUTRAJAYA 22 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa dasar kerajaan kini menjurus kepada pengurusan yang mementingkan nilai dalam melaksanakan agenda negara.

Perdana Menteri berkata, kaedah pengurusan nilai itu perlu diterapkan dalam semua pengurusan projek kerajaan bermula daripada peringkat awal lagi dan ia perlu menjadi alat pengurusan bagi mencapai nilai untuk wang.

"Kita perlu menyoal andaian yang ada, adakah terdapat kaedah atau cara yang lebih baik untuk mendapat pulangan optimum kepada perbelanjaan kerajaan.

"Ada banyak contoh di mana perbelanjaan kerajaan berjaya dijimatkan dengan pengurusan nilai. Ia seharusnya merangkumi pra dan pasca projek termasuklah pemilihan lokasi, rekayasa dan reka bentuk sehingga pemilihan bahan pembinaan yang bersesuaian,? katanya semasa berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-12 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sini hari ini. - Bernama

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger