Memaparkan catatan dengan label bulan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bulan. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Ogos 2011

CUEPACS minta bonus 2 bulan

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sekali lagi meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu.

Beliau berkata, CUEPACS sudah memohon secara rasmi melalui surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dua bulan lalu dan mengharapkan berita baik itu diumumkan tidak lama lagi. "Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sebelum ini, CUEPACS beberapa kali membuat permohonan kepada kerajaan agar mempertimbangan pemberian bonus tersebut selepas ia sendiri menerima banyak permintaan dari penjawat awam agar mereka mendapat bonus.

Beliau juga berkata, pemberian bonus bukan setakat sehingga gred 54 sahaja tetapi kepada keseluruhan penjawat awam.

Bagaimanapun, ia terserah kepada kebijaksanaan dan kemampuan kerajaan untuk memutuskannya dan CUEPACS berharap agar ia dapat dipertimbangkan kerana keadaan ekonomi negara yang semakin menyakinkan.
Sementara itu, CUEPACS berhasrat untuk mengadakan perbincangan bersama kerajaan mengenai Skim Pencen Bercarum (SPB) yang dijangka akan dilaksanakan tahun depan.

Beliau berkata, walaupun CUEPACS sebulat suara menolak pelaksanaan skim itu, mereka tetap bersedia untuk berbincang dengan harapan kerajaan dapat menawarkan penambahbaikan yang mampu memberi kebaikan kepada keseluruhan penjawat awam.

"Perbincangan ini untuk kerajaan mendengar apa sebenarnya pandangan CUEPACS, kenapa CUEPACS menolak SPB," katanya.

CUEPACS sebagai badan tertinggi yang mewakili sektor awam tetap dan berpencen mendakwa bahawa skim itu tidak menguntungkan terutamanya kepada generasi baru sektor awam. - BERNAMA



kredit

Jumaat, 1 April 2011

PM dijangka umum projek ETP baru beberapa bulan lagi

KUALA LUMPUR 1 April - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa kerajaan akan mengumumkan projek utama dan menerujakan yang baharu yang bertali arus di dalam tempoh beberapa bulan akan datang, sambil mengukuhkan pelaksanaan secara berkesan program transformasi ekonomi Malaysia.


Selepas mengumumkan sebanyak 60 program sehingga ini, Perdana Menteri berkata beliau mahu pelan itu dilaksanakan dengan memberi tumpuan terhadap projek-projek permulaan, yang termasuk projek besar dan projek yang memberi kesan yang besar dan tidak semata-mata projek-projek infrastruktur.


"Ia meliputi keseluruhan kerja raya, yang termasuk projek pelaburan yang besar yang akan mewujudkan nilai yang tinggi terhadap ekonomi dan pekerjaan, yang merupakan kunci bagi mengingati tempoh semasa kerajaan, katanya dalam satu temubual dengan rangkaian televisyen Bloomberg di pejabatnya di Putrajaya hari ini.


Semasa temubual panjang lebar mengenai pencapaiannya selepas dua tahun menjadi Perdana Menteri dengan wartawan Bloomberg Robyn Meredith dan Barry Porter mengenai ekonomi, katanya matlamat jelas Malaysia ialah untuk menjadi satu negara maju sepenuhnya menjelang 2020.


Antara lain, temubual itu menyentuh mengenai inflasi, subsidi, impian nuklear Malaysia, kedudukannya sebagai peneraju di dalam kewangan Islam, pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya umum akan datang, dasar afirmatif Bumiputera, penglibatan Kuala Lumpur di dalam Perkongsian Trans-Pasifik dan kesan China dan Yuan.


Ketika ditanya sama ada Malaysia berupaya memenuhi sasaran keluaran dalam negara kasar Bank Negara Malaysia antara 5.0-6.0 peratus pada tahun ini, katanya: "Saya percaya kita masih berada pada landasan mencapai 6.0 peratus melalui campur tangan positif kerajaan di dalam bentuk projek permulaan dan sistem pengangkutan bandar massa bawah tanah yang besar bagi Greater Kuala Lumpur.


"Ini akan mewujudkan kesan pergandaan dan itulah juga bentuk pelaburan yang akan membantu kami mencapai pertumbuhan 6.0 peratus pada tahun ini," katanya.Mengenai usaha membiayai projek transit pantas massa, katanya: ?Kami boleh membiayainya secara kreatif agar ia tidak membebankan di segi perbelanjaan pembangunan.


"Jadi, dari satu segi, ia merupakan satu projek yang berdaya maju kerana pulangannya adalah baik dan akan mewujudkan kesan pergandaan," katanya. - Bernama


kredit

Jumaat, 25 Mac 2011

Senarai calon akan dikemukakan kepada PM bulan depan

KUCHING 24 Mac - Senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 akan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk disahkan awal bulan depan.


Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, senarai calon sedang dalam proses untuk dimuktamadkan.


"Saya mempunyai temu janji dengan Perdana Menteri (Pengerusi BN) pada awal bulan depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Perdagangan Bangunan Keenam 2011 (BTS 2011), di sini, hari ini.


Ditanya mengenai peluang BN dalam menghadapi pakatan pembangkang yang dikatakan lebih bersedia, Taib, yang juga Ketua Menteri dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata: "Saya serahkan kepada Allah tetapi akan bersyukur sekiranya BN boleh memperoleh majoriti lebih dua pertiga." - Bernama

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger