Memaparkan catatan dengan label Senarai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Senarai. Papar semua catatan

Isnin, 28 Mac 2011

PM akan teliti senarai lebih satu nama untuk pilihan raya Sarawak

KLUANG: Datuk Seri Najib Razak akan meneliti lebih daripada seorang calon bagi setiap kerusi yang ditandingi untuk dipertimbangkan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang berlangsung 16 April ini. Perdana Menteri berkata, kriteria calon yang akan dipilih ialah pemimpin terbaik untuk memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

"Ya, saya akan adakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak (Tan Sri Abdul Taib Mahmud) tidak lama lagi. "Kita akan pilih calon-calon yang berpotensi dan terbaik pada masa untuk menang," katanya ketika mengulas kriteria calon yang akan ditampilkan BN pada pilihan negeri itu bulan depan. Najib ditemui selepas merasmikan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan di Kem Mahkota, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.


Ditanya adakah beliau ada rekod sendiri mengenai calon-calon yang akan dipertimbangakan, Perdana Menteri menjawab: "Itu rahsia."
Menurutnya, pada kebiasaannya senarai nama calon yang diberikan untuk dipertimbangkan lebih daripada satu nama.


Baru-baru ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapakan hadir penamanan calon Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 ditetapkan pada 6 April, manakala hari penamaan calon pada 16 April ini. - BERNAMA


Jumaat, 25 Mac 2011

Senarai calon akan dikemukakan kepada PM bulan depan

KUCHING 24 Mac - Senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 akan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk disahkan awal bulan depan.


Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, senarai calon sedang dalam proses untuk dimuktamadkan.


"Saya mempunyai temu janji dengan Perdana Menteri (Pengerusi BN) pada awal bulan depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Perdagangan Bangunan Keenam 2011 (BTS 2011), di sini, hari ini.


Ditanya mengenai peluang BN dalam menghadapi pakatan pembangkang yang dikatakan lebih bersedia, Taib, yang juga Ketua Menteri dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata: "Saya serahkan kepada Allah tetapi akan bersyukur sekiranya BN boleh memperoleh majoriti lebih dua pertiga." - Bernama

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger