Memaparkan catatan dengan label Lebih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lebih. Papar semua catatan

Khamis, 21 April 2011

Budak tadika lebih tahu dari Nazri

PARIT BUNTAR, 7 April: Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz sebagai lucu dan tidak masuk akal.

Ini kerana beliau menafikan bahawa isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai individu yang ‘bukan pakar’ untuk mengenali susuk tubuh Ketua Pembangkang itu yang merupakan suaminya berhubung isu fitnah video seks.

“Adakah beliau (Nazri) sudah tidak ada modal sehingga mengeluarkan kenyataan sebegitu sedangkan kanak-kanak sekolah tadika pun tahu individu yang paling hampir dan kenal benar dengan Anwar sudah tentulah isterinya yang bersama ke mana jua beliau pergi,” katanya ketika ditemui di sini.

Datuk Seri Dr Wan Azizah dipetik sebagai berkata menafikan bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video berkenaan dan menimbulkan kemungkinan ia didalangi oleh BN.

Khalil yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menempelak tindakan menteri BN itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana dengan mudah mengenepikan hujah isteri Anwar berhubung penafian tersebut.

"Saya ingin bertanyakan kepada Nazri, kalau pengakuan seorang isteri mengenai susuk badan dalam video itu bukan suaminya, dari siapa lagi kita ingin percaya?" soalnya.

Dalam pada itu, Khalil yang juga Adun Titi Serong membidas ungkapan Nazri yang mengatakan “Wan Azizah bukanlah pakar yang menentukan identiti pelaku itu” sebagai hujah yang tidak boleh diterima langsung dan ini merupakan satu lagi hujah untuk melindungi individu tertentu yang merancang video fitnah itu.

“Umno BN terdesak untuk menang di Sarawak, itulah isu dan topik sebenarnya,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa video tersebut merupakan satu lagi tindakan desperado Umno BN untuk menipu rakyat Sarawak dengan harapan Pakatan Rakyat ditolak dan bagi memenangi hati rakyat di negeri tersebut untuk memperoleh kemenangan pada 16 April nanti.

“Sebagai rakyat Sarawak yang bijak, seharusnya perkara ini dipandang serius dengan menolak BN dan seluruh komponennya pada pilihan raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Beri undi kepada Pakatan Rakyat adalah tindakan bijak bagi menyelamatkan Malaysia dari terus ditadbir oleh BN yang tidak putus-putus menyusahkan rakyat dengan kenaikan harga minyak serta barang dan merosakkan masa depan negara yang tercinta ini,” katanya.


kredit

Sabtu, 2 April 2011

Lebih 19,000 kes penyakit Tibi dikesan di Malaysia tahun lalu

KUALA LUMPUR 1 April - Sebanyak 19,337 kes penyakit batuk kering atau Tuberkulosis (Tibi) dikesan di Malaysia sepanjang tahun lepas.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, berikutan kadar notifikasi kes pada tahun lepas ialah 66.9 bagi setiap 100,000 penduduk negara ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasi Malaysia sebagai negara beban penyakit sederhana.


Justeru beliau menyeru setiap individu supaya peka terhadap tanda-tanda awal penyakit itu seperti batuk, demam, susut berat badan yang ketara dan berpeluh pada waktu malam.


"Mereka yang menghidap kencing manis, perokok dan mengambil alkohol secara berlebihan pula mempunyai risiko yang tinggi mendapat penyakit itu," katanya dalam perutusan sempena Hari Tibi Sedunia.


Beliau meminta individu yang mempunyai satu daripada tanda-tanda atau mempunyai risiko tinggi menghidap penyakit itu supaya mendapatkan pemeriksaan kesihatan dengan segera bagi mencegah perebakan.


Beliau berkata setiap individu yang mendapat rawatan harus mematuhi arahan rawatan dalam jangka masa sekurang-kurangnya enam hingga lapan bulan.


Adalah amat merbahaya sekiranya pesakit tidak mengambil ubatan seperti yang diarahkan kerana ini akan mengakibatkan kuman Tibi kebal terhadap ubat, katanya.


Liow berkata penyakit Tibi boleh membawa maut jika pesakit tidak mendapat rawatan yang sempurna manakala rawatan sempurna boleh menyembuhkan penyakit itu di samping dapat menjamin ia tidak menular kepada orang lain.


"Kerajaan memberi komitmen yang tinggi dalam usaha membanteras penyakit Tibi dengan memastikan rawatan penyakit itu di semua kemudahan kesihatan awam diberikan secara percuma," katanya.


Liow berkata kuman Tibi merebak melalui udara apabila pesakit Tibi batuk dan WHO melaporkan terdapat 9 juta kes baru jenis berjangkit di seluruh dunia setiap tahun dan sekurang-kurangnya 4,700 kes kematian akibat Tibi dilaporkan setiap hari. - Bernama


kredit

Isnin, 28 Mac 2011

Lebih RM1.55 bilion hasil ternakan di Melaka

JASIN 27 Mac - Melaka mengeluarkan hasil ternakan bernilai lebih RM1.55 bilion tahun lepas dengan 86 peratus daripadanya merupakan hasil sektor ternakan pelbagai jenis unggas terutama ayam.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan 78 peratus berbanding RM874.05 juta pada 2005.

Melaka merupakan pengeluar telur ayam terbesar Malaysia dengan 7.5 juta biji sehari dan setakat ini Melaka mengeksport daging dan telur ayam ke Singapura, Indonesia, Hong Kong dan Timor Leste, katanya dalam teks ucapanya sempena perasmian Kempen Kesedaran Penubuhan Zon Bebas Penyakit Sampar Ayam Peringkat Negeri Melaka di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Melaka, Datuk Md Yunos Husin. - Bernama


kredit

PM akan teliti senarai lebih satu nama untuk pilihan raya Sarawak

KLUANG: Datuk Seri Najib Razak akan meneliti lebih daripada seorang calon bagi setiap kerusi yang ditandingi untuk dipertimbangkan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang berlangsung 16 April ini. Perdana Menteri berkata, kriteria calon yang akan dipilih ialah pemimpin terbaik untuk memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

"Ya, saya akan adakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak (Tan Sri Abdul Taib Mahmud) tidak lama lagi. "Kita akan pilih calon-calon yang berpotensi dan terbaik pada masa untuk menang," katanya ketika mengulas kriteria calon yang akan ditampilkan BN pada pilihan negeri itu bulan depan. Najib ditemui selepas merasmikan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan di Kem Mahkota, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.


Ditanya adakah beliau ada rekod sendiri mengenai calon-calon yang akan dipertimbangakan, Perdana Menteri menjawab: "Itu rahsia."
Menurutnya, pada kebiasaannya senarai nama calon yang diberikan untuk dipertimbangkan lebih daripada satu nama.


Baru-baru ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapakan hadir penamanan calon Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 ditetapkan pada 6 April, manakala hari penamaan calon pada 16 April ini. - BERNAMA


Jumaat, 25 Mac 2011

DiGi-Opera Mini platform pelayaran lebih pantas

DIGI Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) menyasar untuk operator Malaysia pertama menyediakan pelayaran lebih baik kepada pengguna bukan telefon pintar apabila mendapat kerjasama dengan pemaju perisian pelayar web utama dunia, Opera Software untuk memperkenalkan jenama bersama DiGi-Opera Mini.


Ketua Internet Mudah Alih dan Perkhidmatan Data Canggih DiGi, Praveen Rajan berkata, lebih 90 peratus daripada pemilik telefon mudah alih di Malaysia ialah pengguna bukan telefon pintar dan mereka berhak menikmati pengalaman melayari mudah alih sepenuhnya.

“Perisian pelayar web itu juga akan membantu pelanggan mengurangkan bil Internet berbanding menggunakan platform pelayaran lain,” katanya selepas pelancaran browser DiGi-Opera Mini, di Petaling Jaya, Selangor semalam.


Beliau berkata, DiGi mempunyai lebih 4.2 juta pengguna Internet bagi skrin kecil seperti telefon bimbit dan besar termasuk komputer notebook dengan menjangkakan permintaan meningkat apabila lebih banyak peranti atau pelan data menjadi semakin mampu dimiliki.


Sementara itu, Pengarah Pemasaran/Pengurusan Opera Software Sean D’Arcy, berkata pelanggan yang memiliki telefon mewah masih boleh mendapat faedah daripada teknologi cache dan pemampatan Opera Mini yang menawarkan pengalaman pelayaran lebih pantas serta masa menunggu minimum. Beliau berkata, ketika ini, terdapat lebih 170 juta pengguna perisian itu di seluruh dunia dan perisian pelayar web DiGi-Opera Mini boleh dipindah turun secara terus kepada telefon mereka daripada http://m.opera.com dari 23 Mac hingga 31 Mei 2011 secara percuma.

Jumlah korban tsunami dan gempa di Jepun cecah lebih 10,000

TOKYO 25 Mac - Jumlah rasmi kematian akibat gempa dan tsunami yang melanda Jepun sehingga hari ini telah melebihi 10,000 orang dan jumlah itu terus meningkat selepas dua minggu gempa dengan kekuatan 9 skala richter itu.

Sementara ratusan ribu lagi mangsa yang terselamat masih tinggal di khemah-khemah dengan 660,000 keluarga tidak mendapat bekalan air bersih dan lebih 209,000 tidak mendapat bekalan elektrik.

Polis Jepun juga melaporkan sebanyak 17,400 lagi masih hilang. - AP

Selasa, 22 Mac 2011

Agihan pendapatan lebih tinggi untuk ASG

ALOR SETAR - Seorang lagi mangsa kemalangan di Pendang awal pagi, semalam, meninggal dunia hari ini, setelah hampir 24 jam di rawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, menjadikan enam mangsa maut akibat kemalangan itu. Lagi...


JIKA anda inginkan kelainan menjamu selera dalam suasana istimewa, antara perkara yang menjadi pertimbangan tentulah penyediaan makanan yang enak dan sempurna serta persekitaran yang selesa. Lagi...

SEJAK akhir-akhir ini, dunia pengkomputeran bagaikan sedang ?berperang? apabila satu persatu model tablet diperkenalkan kepada khalayak umum. Lagi...

MASA bersekolah dulu, Mohd. Haziq Ariffin, 21, sering diejek rakan-rakan kerana mempunyai kaki yang leper sehinggakan ada yang mengejek dia berjalan seperti itik. Lagi...

Isnin, 21 Mac 2011

Lebih 30 rumah di Kuala Kedah dilanda ribut

ALOR SETAR - Lebih 30 rumah di Mukim Kubang Rotan, Kuala Kedah dekat sini mengalami kerosakan selepas dilanda ribut petang semalam.

Antara kawasan terbabit ialah Taman Seri Abadi, Taman Samudera, Kampung Tambak Bunga, Tepi Laut, Kubang Bongor dan Sematang Bongak.

Fatimah Dahman, 47, dari Taman Samudera, berkata ketika kejadian pukul 5 petang itu angin bertiup kencang sehingga mengakibatkan semua bahagian bumbung rumahnya diterbangkan.

"Saya pergi selamatkan bayi yang saya asuh berusia 11 bulan dalam buaian... kemudian saya ke depan rumah dan lihat bumbung semua dah hilang,? katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini.

Peniaga air dan rojak di taman yang sama, Nornatasya Abdullah, 39, pula berkata dia ternampak angin berpusing berwarna putih di padang bola berhampiran. - Bernama

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger