Memaparkan catatan dengan label rumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rumah. Papar semua catatan

Khamis, 31 Mac 2011

Rumah pertamaku: Golongan muda dibebani hutang

KUALA LUMPUR, 30 Mac: Skim Rumah Pertamaku yang baru diperkenal kerajaan hanya akan menyebabkan golongan muda bukan sahaja terus dibebani hutang malah berdepan insolvensi. AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata skim yang dilancar Perdana Menteri pada 8 Mac lalu itu tidak lebih hanya sebagai tindakan populis namun pada masa yang sama, memusnahkan masa depan golongan muda.


Dengan tawaran 100 peratus pinjaman tanpa deposit sehingga RM200 ribu, golongan muda katanya bukan dibantu, namun dibebankan hutang tambahan selain hutang pinjaman barangan lain yang sedia ditanggung. Malah jelasnya juga, peserta skim ini terpaksa menanggung bayaran ansuran bulanan yang tinggi untuk tempoh 30 tahun.


Jelasnya, apa yang lebih dituntut generasi muda ketika ini adalah tambahan ke atas pendapatan mereka. "Isu yang lebih kritikal berhubung pemilikan rumah adalah menangani isu pendapatan sebenar bakal pemilik rumah. "Majoriti golongan pekerja masih terperangkap dalam pendapatan sederhana," katanya yang juga ahli parlimen Kuala Selangor pada sidang media di parlimen hari ini.


Turut serta pada sidang media itu Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar. Beliau turut memberi contoh pengiraan mudah bagi seorang pekerja berpendapatan RM3000. "Ansuran bulanan kereta RM500, bil telefon RM80, sewa kediaman RM400, makanan RM500.


"Hanya ada RM1,000 sahaja lagi lebihan selepas pemotongan EPF dan Socso," katanya. Untuk rekod, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melaporkan sejumlah 50,361 kes berkaitan kegagalan membayar hutang pinjaman.


Dari jumlah itu 10.6% adalah mereka yang tidak membayar hutang kad kredit manakala 74.3% bermasalah membayar pinjaman rumah, kereta dan baki kad kredit. Kamaruddin dalam pada itu berkata, PAS bersedia memberi penjelasan lanjut berhubung perkara itu.


Tambahnya, kehadiran melebihi jangkaan iaitu 300 ribu golongan muda pada pameran kerjaya anjuran Pemuda Umno baru-baru ini membuktikan masih ramai sebenarnya golongan belia menganggur.


kredit

Ahad, 27 Mac 2011

Rumah panjang terbakar, 27 keluarga terjejas

SIBU - Sebuah rumah panjang Iban Rh. Bala anak Angan, di Sungai Buloh, kira-kira 3 km dari bandar Selangau di sini musnah dalam kebakaran pagi tadi, menyebabkan 27 keluarga hilang tempat tinggal.


Dalam kejadian yang berlaku pada 8 pagi itu, seorang lelaki berusia 60 tahun mengalami kecederaan apabila cuba menyelamatkan barangannya dan kini dirawat di Hospital Sibu. - Bernama

Jumaat, 25 Mac 2011

Rogol: tukang rumah kena 30 tahun penjara, 12 sebatan

ALOR SETAR: Seorang tukang rumah dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan merogol dan mencabul kehormatan seorang gadis bawah umur, tiga tahun lalu.


Hakim Mohd Sabri Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Saleh Abdullah, 41, gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kedua-dua pertuduhan terhadapnya.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol remaja berusia 14 tahun di dalam sebuah kereta jenis Proton Saga di Jalan Semiliang, Padang Terap pada jam 2.30 petang, 2 September 2008. Dia didakwa mengikut Sekyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd Saleh didakwa mencabul kehormatan mangsa di kawasan kebun getah di Kampung Kuala Janing, Padang Terap, pada jam 2.30 petang 27 September 2008. Dia didakwa mengikut seksyen yang sama dengan pertuduhan pertama.


Terdahulu itu, tertuduh ketika membela diri bagi kedua-dua tuduhan mengaku membuat rumah ayah mangsa namun tidak pernah membawa mangsa menaiki kereta dan merogol mangsa di dalam kereta atau di kebun getah. Mohd Saleh berkata, dia juga tidak pernah berjumpa mangsa dan menjalinkan hubungan.


Kemudian, semasa mengemukakan rayuan, tertuduh memohon mahkamah memberi jawapan kenapa dia dihukum dan meminta hakim membuat keputusan yang seadil-adilnya. Ini kerana dalam proses penghujahan tertuduh mengatakan pihak pendakwaan tidak mempunyai bukti kukuh dan keterangan dari saksi untuk dibuktikan di mahkamah.


Hakim dalam jawapannya berkata, tertuduh gagal membangkitkan keraguan munasabah ketika pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadapnya. Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Rizal Fadzil meminta mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal kepada tertuduh. - BERNAMA


Isnin, 21 Mac 2011

Lebih 30 rumah di Kuala Kedah dilanda ribut

ALOR SETAR - Lebih 30 rumah di Mukim Kubang Rotan, Kuala Kedah dekat sini mengalami kerosakan selepas dilanda ribut petang semalam.

Antara kawasan terbabit ialah Taman Seri Abadi, Taman Samudera, Kampung Tambak Bunga, Tepi Laut, Kubang Bongor dan Sematang Bongak.

Fatimah Dahman, 47, dari Taman Samudera, berkata ketika kejadian pukul 5 petang itu angin bertiup kencang sehingga mengakibatkan semua bahagian bumbung rumahnya diterbangkan.

"Saya pergi selamatkan bayi yang saya asuh berusia 11 bulan dalam buaian... kemudian saya ke depan rumah dan lihat bumbung semua dah hilang,? katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini.

Peniaga air dan rojak di taman yang sama, Nornatasya Abdullah, 39, pula berkata dia ternampak angin berpusing berwarna putih di padang bola berhampiran. - Bernama

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger