Memaparkan catatan dengan label pemandu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pemandu. Papar semua catatan

Jumaat, 22 April 2011

Pemandu kereta sewa pakai jaket kalis peluru

NEW YORK: Pemandu kereta sewa di bandar raya ini yang sering mengelak daripada mengambil penumpang di kawasan yang terkenal dengan kegiatan jenayah, kini dilengkapi dengan jaket kalis peluru.


Persekutuan Pemandu Teksi New York mengedar baju berkenaan Isnin lalu dan pemandu berkenaan memakainya serta-merta.

Keutamaan diberikan kepada pemandu yang bekerja syif malam di kawasan yang kadar jenayahnya tinggi. Kereta sewa perlu ditempah lebih awal dan tidak mengangkut penumpang di tepi jalan, tidak seperti teksi kuning yang lebih terkenal.


Meskipun jaket berkenaan tidak dapat melindungi pemandu daripada cedera di kepala, kebanyakan serangan membabitkan tikaman pisau atau tembakan pada bahagian belakang atau sisi pemandu. - Reuters


kredit

Ahad, 3 April 2011

Pemandu teksi Pulau Pinang serah memorandum kepada PM

GEORGETOWN: Gabungan Pemandu Teksi Pulau Pinang hari ini menyerahkan memorandum mengenai masalah yang dihadapi oleh mereka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Memorandum itu disampaikan oleh Pengerusinya, Abdul Malik Darus, di majlis taklimat ringkas yang diadakan sejurus selepas Najib tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di sini sempena lawatan kerja sehari Perdana Menteri ke Pulau Pinang.

Antara kandungan memorandum itu merujuk kepada kadar tambang teksi bermeter yang rendah dan tidak sesuai dengan keadaan di Pulau Pinang, kewujudan teksi serta kereta sewa yang tidak berdaftar dan pertukaran status teksi kepada kereta sewa. "Ini bukan memorandum pertama kami serahkan, sebelum ini pun dah diserahkan tetapi mungkin tidak sampai terus kepada Perdana Menteri, hari ini kami sampaikan sendiri, harap dapat pertimbangan segera," kata Pengerusi Persatuan Teksi Queensbay, Mohd Shukri Yaakop.

Katanya, pemandu teksi Pulau Pinang juga berharap agar kerajaan dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengusaha dan pemilik kereta sewa tidak berdaftar.


Najib yang tiba untuk lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang turut meluangkan masa beramah mesra dengan pemandu-pemandu teksi dan sempat menampal pelekat "1Malaysia" di sebuah teksi milik Asmadi Md Salleh. - BERNAMA


kredit

Selasa, 29 Mac 2011

Badan khas pantau pemandu baru dicadang

KUALA LUMPUR 28 Mac - Kerajaan disaran mewujudkan satu badan khas bagi memantau pemandu-pemandu yang baru mendapat lesen memandu dalam tempoh tertentu untuk mengenalpasti sama ada mereka benar berkemampuan dan selamat untuk memandu kenderaan.

Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, melalui badan itu, ia mungkin akan dapat mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya yang semakin tinggi di negara ini.

"Biar dia (pemandu baru mendapat lesen) mengetahui apa sebenarnya tanggungjawab dia sebagai pemandu. Sebab ini (kemalangan) boleh melibatkan anak kita, saudara kita atau kita sendiri. Tapi tiada pemantauan. Dapat lesen dia pun jadi juara dan memandu sesuka hati.

"Pada saya ini harus diambil kira oleh kerajaan kalau kita mahu melihat bahawa statistik kematian rakyat Malaysia di jalan raya dapat kita kurangkan maka ini adalah cara yang terbaik,? katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 di Dewan Rakyat, di sini hari ini. - Bernama


kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger