Memaparkan catatan dengan label orang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label orang. Papar semua catatan

Ahad, 3 April 2011

Tentera Darat atur program untuk dekati orang awam

KLUANG - Tentera Darat akan mengatur pelbagai program yang melibatkan orang awam supaya masyarakat dapat menjiwai peranan, sumbangan dan pengorbanan anggota tentera.

Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, antara program yang melibatkan orang ramai ialah seperti penganjuran hari terbuka umpamanya Hari Terbuka Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) yang diadakan di Kem Mahkota di sini, katanya.

Dalam ucapan perasmiannya sempena Hari Terbuka PUTD itu yang dibacakan Panglima Tiga Division Mejar Jeneral Datuk Rozali Ahmad beliau berkata, program itu merupakan kesinambungan dalam mempromosikan tentera darat sempena ulang tahun ke-78 pasukan itu yang disambut pada 1 Mac lalu.

Hampir 30 ribu orang berkunjung ke program hari terbuka itu yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir esok. - Bernama

kredit

Ahad, 27 Mac 2011

Serangan NATO bunuh tujuh orang awam di Afghanistan

KABUL 27 Mac - Satu serangan udara yang dipimpin Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh orang awam di wilayah selatan Helmand terbunuh, kata penguatkuasa semalam.

Dua lelaki, dua perempuan dan tiga kanak-kanak terbunuh dalam serangan tersebut manakala lima lagi dilaporkan cedera.

Serangan tersebut dilakukan apabila pasukan serangan NATO menyerang kenderaan yang dipercayai membawa pemberontak. - DPA

Sabtu, 26 Mac 2011

Ramai orang awam maut

TRIPOLI: Agensi berita Libya, Jana, semalam melaporkan, serangan tentera bersekutu terhadap kawasan kediaman di timur bandar raya ini menyebabkan ramai orang awam terbunuh.

“Pengeboman yang dilakukan oleh tentera salib di Tajura berhampiran Tripoli mensasarkan kawasan kediaman, menyebabkan ramai orang awam terkorban,” menurut laporan itu. Menurutnya, Tajura diserang tiga kali dan serangan ketiga mensasarkan anggota penyelamat yang cuba mengalihkan mayat dan mangsa yang cedera dari runtuhan bangunan akibat serangan pertama dan kedua.

Seorang wartawan AFP pula melaporkan, siren ambulans kedengaran dari tengah Tripoli dan Tajura. Terdahulu, saksi berkata, letupan kuat kedengaran dari sebuah pangkalan tentera di daerah berkenaan, 32 kilometer ke timur Tripoli dan kebakaran dapat dilihat berlaku dalam perkarangannya.

Tajura menempatkan pang- kalan tentera terpenting Libya dan menjadi sasaran serangan tentera bersekutu pada hari pertama operasi ketenteraan dilancarkan terhadap negara itu Sabtu lalu. - AFP

Ali Abdullah sedia serah kuasa kepada orang dipercayai

SANAA 26 Mac - Presiden Ali Abdullah Saleh dalam ucapannya di hadapan penyokongnya berjanji akan menyerahkan kuasanya tetapi hanya kepada orang yang boleh dipercayai.

"Kami akan berdiri teguh dengan kamu. Terus setia berdepan dengan pelbagai cabaran. Kita tidak perlu kuasa. Kita perlu menyerahkannya kepada orang yang boleh dipercayai, dan bukan kepada tangan yang mengamalkan korup dan perlakuan terkutuk," ujarnya kepada orang ramai di ibu negara lalu disusuli dengan tepukan gemuruh. - AFP

Khamis, 24 Mac 2011

Calon pengganti Taib Mahmud bukan ‘orang luar’ - pemerhati

KUALA LUMPUR 23 Mac - Calon yang disebut-sebut bakal menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak berkemungkinan besar tokoh yang pernah bekerjasama dengan beliau dalam pentadbirannya sebelum ini, menurut seorang pemerhati.

Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Profesor Madya Shaharuddin Badaruddin berkata, calon bagi jawatan Ketua Menteri Sarawak selepas ini tidak akan datang daripada orang luar.

Katanya, pemilihan calon Ketua Menteri yang datang daripada mereka yang pernah berkhidmat dengan beliau penting kerana ini akan membolehkan calon tersebut memahami segala selok-belok politik dan pembangunan ekonomi negeri yang bakal ditadbirnya nanti.

"Perkembangan ini juga menunjukkan wujudnya kesinambungan. Dalam konteks politik semasa Sarawak, kesinambungan akan dilakukan dan akan berlaku.

"Apabila tidak ada proses kesinambungan, sudah tentu akan berlaku masalah," katanya ketika ditemu ramah pada Program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24, semalam. - Bernama

Pengganti Taib Mahmud bukan ‘orang luar’ - pemerhati

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger