Memaparkan catatan dengan label luar negara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label luar negara. Papar semua catatan

Isnin, 28 Mac 2011

Tentera Ghaddafi serang benteng pemberontak di Misrata

ALGIERS 27 Mac - Pasukan tentera pemimpin Libya, Muammar Gaddafi melancarkan serangan terhadap bandar Misrata yang dikuasai pemberontak dari sebelah barat dan timur pada semalam.


Misrata adalah satu-satunya benteng besar pemberontak berhaluan kiri di barat Libya dan kawasan yang terletak jauh dari pusat utama pasukan pemberontak di timur negara itu.


"Pasukan tentera Ghaddafi telah melancarkan serangan dari sebelah barat dan timur Misrata," kata seorang pemberontak yang dikenali sebagai Saadun kepada Reuters. - Reuters

Ahad, 27 Mac 2011

Turki bertanggungjawab rawat mangsa perang

ANKARA: Turki merancang memberikan rawatan kepada ratusan warga Libya yang cedera dalam konflik di negara itu, kata seorang pemimpin kanannya, semalam.


Menurut Timbalan Perdana Menteri, Cemil Cicek, sebuah kapal membawa ambulans dan peralatan perubatan akan berlepas ke Libya tidak lama lagi bagi membawa kira-kira 450 mangsa perang negara itu ke Turki. Ditanya jika operasi itu mendapat restu Muammar Gaddafi, Cemil mengesahkannya.

“Turki adalah satu-satunya negara yang mengekalkan hubungan dengan kedua-dua pihak yang bertelagah di Libya,” katanya. Kelmarin, parlimen Turki meluluskan usul menghantar tentera lautnya ke perairan Libya untuk menguatkuasakan sekatan senjata kepada rejim Gaddafi selepas Ankara keberatan menyertai operasi serangan udara Nato. - AFP

Serangan NATO bunuh tujuh orang awam di Afghanistan

KABUL 27 Mac - Satu serangan udara yang dipimpin Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh orang awam di wilayah selatan Helmand terbunuh, kata penguatkuasa semalam.


Dua lelaki, dua perempuan dan tiga kanak-kanak terbunuh dalam serangan tersebut manakala lima lagi dilaporkan cedera.


Serangan tersebut dilakukan apabila pasukan serangan NATO menyerang kenderaan yang dipercayai membawa pemberontak. - DPA

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger