Memaparkan catatan dengan label serangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label serangan. Papar semua catatan

Ahad, 3 April 2011

Pesawat AS henti serangan

WASHINGTON: Amerika Syarikat akan menghentikan serangan udara terhadap Libya hari ini dan berharap sekutunya dalam Nato akan mengambil alih peranannya dalam operasi berkenaan.


Pengumuman itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada anggota Kongres yang bertanya mengapa pentadbiran Obama tunduk kepada elemen utama dalam strategi melindungi orang awam Libya dan melumpuhkan tentera Gaddafi.

Pengumuman keputusan itu dibuat oleh Setiausaha Pertahanan, Robert Gates dan Pengerusi Ketua Turus Bersama, Laksamana Mike Mullen. - AP


kredit

Selasa, 29 Mac 2011

Russia anggap serangan tentera Bersekutu langgar resolusi PBB

MOSCOW: Russia semalam berkata, serangan ke atas tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi sejak minggu lalu bercanggah daripada resolusi PBB.


Dalam kritikan terbaru Russia terhadap campur tangan tentera asing di Libya itu, Menteri Luar, Sergei Lavrov, berkata Resolusi 1973 diluluskan 17 Mac lalu bertujuan melindungi nyawa orang awam.

“Tapi ketika ini serangan itu nampaknya campur tangan asing dalam perang saudara di Libya dan tiada sesiapa menafikannya,” katanya.


Justeru, katanya, Russia melihat berlaku percanggahan di antara resolusi dengan pelaksanaan misi berkenaan.

Menurut Lavrov, Russia menganggap serangan tentera Bersekutu itu lari daripada matlamat asal resolusi Majlis Keselamatan PBB. Russia memiliki kuasa veto sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, tetapi mengambil sikap berkecuali ketika usul mengenai zon larangan terbang di Libya diundi baru-baru ini.

Melalui Resolusi 1973 itu, PBB membenarkan ‘segala cara digunakan’ bagi menguatkuasakan zon larangan terbang, sekali gus melindungi nyawa orang awam. - Reuters


kredit

Ahad, 27 Mac 2011

Serangan NATO bunuh tujuh orang awam di Afghanistan

KABUL 27 Mac - Satu serangan udara yang dipimpin Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh orang awam di wilayah selatan Helmand terbunuh, kata penguatkuasa semalam.


Dua lelaki, dua perempuan dan tiga kanak-kanak terbunuh dalam serangan tersebut manakala lima lagi dilaporkan cedera.


Serangan tersebut dilakukan apabila pasukan serangan NATO menyerang kenderaan yang dipercayai membawa pemberontak. - DPA

Selasa, 22 Mac 2011

40 maut dalam serangan yang dilakukan rejim Gaddafi

BENGHAZI 22 Mac - Seramai 40 maut manakala 300 lagi cedera selepas pasukan rejim Gaddafi melepas tembakan di bandar Misrata sebelah utara Tripoli, semalam.

Kejadian tersebut berlaku apabila orang ramai keluar ke bandar tersebut bagi menghalang pasukan rejim Gaddafi memasuki kawasan mereka.

?Pasukan tentera terus melepaskan tembakan hingga membunuh beberapa orang,? kata seorang penduduk, Saadoun kepada Rueters. - Reuters

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger