Memaparkan catatan dengan label pesawat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pesawat. Papar semua catatan

Ahad, 3 April 2011

Pesawat AS henti serangan

WASHINGTON: Amerika Syarikat akan menghentikan serangan udara terhadap Libya hari ini dan berharap sekutunya dalam Nato akan mengambil alih peranannya dalam operasi berkenaan.


Pengumuman itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada anggota Kongres yang bertanya mengapa pentadbiran Obama tunduk kepada elemen utama dalam strategi melindungi orang awam Libya dan melumpuhkan tentera Gaddafi.

Pengumuman keputusan itu dibuat oleh Setiausaha Pertahanan, Robert Gates dan Pengerusi Ketua Turus Bersama, Laksamana Mike Mullen. - AP


kredit

Khamis, 24 Mac 2011

Pesawat pengebom Amerika terhempas

 WASHINGTON: Sebuah pesawat pengebom F-15E tentera udara Amerika Syarikat terhempas di Libya malam tadi dan seorang krunya berjaya diselamatkan.

Jurucakap tentera Amerika di Markas Pemerintah Afrika, Vince Crawley berkata, usaha menyelamat seorang lagi kru masih dilakukan.

Menurutnya, kejadian itu mungkin disebabkan kerosakan mekanikal dan bukan kerana tembakan musuh.


Beliau berkata, kejadian berlaku sebelah malam tetapi enggan memberitahu lokasinya dan bagaimana kru pesawat berkenaan diselamatkan. - Reuters

Selasa, 22 Mac 2011

14 maut nahas pesawat kargo di Kongo

BRAZZAVILLE 22 Mac - Sekurang-kurangnya 14 maut dalam satu insiden pesawat kargo terhempas di satu kawasan penduduk Pointe-Noire, Republik Kongo, semalam.

?Ketika ini kami hanya berjaya mengeluarkan 14 mayat dari tempat kejadian,? kata seorang pihak berkuasa tempatan yang menyertai operasi menyelamat. - AFP

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger