
Jumaat, 23 September 2011
Aset RM72.7b milik Gaddafi ditemui

Khamis, 22 September 2011
Saman kerana kamera dalam tandas

Taufan landa Jepun


Jumaat, 24 Jun 2011
Korea Selatan timbang masa bekerja lebih awal

Sabtu, 21 Mei 2011
Abu Sayyaf tuntut RM558,000 bebas ahli niaga Malaysia

Bekas ketua IMF diikat jamin RM3 juta
Khamis, 31 Mac 2011
Bekas timbalan menteri meninggal dunia
KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Menteri Datuk Tan Tiong Hong meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 pagi tadi di rumahnya di Persiaran Persekutuan, Seri Bukit Persekutuan di sini. Menurut anak saudaranya Jessica Lai, mendiang yang berumur 66 tahun mati selepas terjatuh ketika bersarapan.
"Ketika itu mendiang makan berseorangan dan tiba-tiba terjatuh menyebabkan kepalanya terhantuk pada bucu meja. Pakcik saya tidak mempunyai sebarang penyakit," kata Jessica yang juga ahli Majis Tertinggi Wanita MCA kepada Bernama. Beliau berkata mayat Tiong Hong akan diuruskan Ahad ini.
Orang ramai boleh memberi penghormatan kepada mendiang di No 15, Persiaran Persekutuan, Seri Bukit Persekutuan mulai esok hingga Sabtu. Mendiang pernah menjawat beberapa jawatan dalam kerajaan antaranya sebagai Timbalan Menteri Pendidikan pada tahun 1982 dan Timbalan Menteri Kewangan pada 1984.
Mendiang sebelum meninggal masih aktif dalam politik dan menjadi Naib Pengerusi MCA bahagian Kepong dan Ketua Cawangan MCA Jinjang Utara Tambahan Sektor A. - Bernama
Khamis, 24 Mac 2011
Elizabeth Taylor meninggal dunia akibat sakit jantung
NEW YORK 23 Mac - Bintang legenda Hollywood, Elizabeth Taylor yang dianggap aktres paling memikat dalam abad ke-20, meninggal dunia hari ini dalam usia 79 tahun.
Beliau meninggal dunia di Cedars-Sinai Hospital di Los Angeles di samping empat anaknya selepas dimasukkan ke hospital enam minggu lalu disebabkan masalah jantung, kata pegawai publisitinya, Sally Morrison dalam satu kenyataan. - Reuters
Selasa, 22 Mac 2011
Seorang lagi mangsa kemalangan Pendang meninggal dunia
ALOR SETAR - Seorang lagi mangsa kemalangan di Pendang awal pagi, semalam, meninggal dunia hari ini, setelah hampir 24 jam di rawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, menjadikan enam mangsa maut akibat kemalangan itu.
Che Ishak Hussin, 55, dari Kampung Tualang, Pokok Sena meninggal dunia pada pukul 2 pagi di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan kerana mengalami pendarahan dalam otak dan patah kaki kanan.
"Semasa ayah meninggal awal pagi tadi, kami sekeluarga berada di sisinya dan kami reda dengan ketentuan Ilahi,? kata anak sulung mangsa, Mohammad Zahir Che Ishak, 36, ketika ditemui di hospital itu hari ini.
Semalam, lima guru silat maut apabila van yang dinaiki sembilan orang terbabas dan melanggar sebuah pokok di Jalan Titi Haji Idris, Pendang.
Kemalangan pada pukul 3.30 pagi itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang dari Sungai Buluh, Selangor selepas mengadakan persembahan silat pada majlis perkahwinan di sana. - Bernama
Kakak Tun Dr. Siti Hasmah meninggal dunia
KUALA LUMPUR 21 Mac - Datuk Paduka Saleha Mohd Ali, kakak Tun Dr Siti Hasmah, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini petang ini akibat kanser uterin.
Allahyarham berusia 88 tahun.
Pegawai Khas kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Sufi Yusoff, ketika dihubungi Bernama berkata, allahyarham meninggal dunia kira-kira 5.10 petang tadi.
Sementara itu anak Saleha, Zahedi Mohd. Ali berkata, jenazah ibunya dimandikan di Masjid Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya petang tadi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara sebelum Zohor esok.
Saleha, anak ketiga daripada 13 beradik, merupakan penaung Universal Peace Federation Malaysia. - Bernama
Ahad, 13 Februari 2011
Eksekutif Google diangkat sebagai wira kebangkitan
Aktivis siber itu diangkat sebagai ikon revolusi kerana menghasilkan satu akaun Facebook untuk seorang mangsa kekejaman polis yang akhirnya menjadi pencetus kepada kebangkitan rakyat untuk menentang pemerintahan Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 25 Januari lalu.

Beliau menulis di laman twitter miliknya: "Tahniah kepada Mesir. Selamat kembali Mesir. Penjenayah itu sudah meninggalkan istana. Hero sebenar ialah orang muda Mesir di Tahrir Square dan seluruh rakyat Mesir."
"Saya menjangkakan masa depan yang cerah. Saya percayakan rakyat Mesir yang berjumlah 80 juta orang ini," kata Ghonim. Sebaik sahaja protes bermula, beliau telah ditahan serta-merta selama 12 hari.
Lelaki berusia 30 tahun itu juga memberi kredit kepada syarikat internet lain dalam usaha menjatuhkan Hosni. "Revolusi ini bermula di Facebook. Satu hari nanti, saya ingin bertemu dengan Mark Zuckerberg (pengasas Facebook) dan berterima kasih kepadanya," katanya. - Agensi
sumber: kosmo
Hosni mungkin lari ke luar negara
KAHERAH - Selepas Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai presiden Mesir, timbul spekulasi bahawa beliau akan melarikan diri ke luar negara, lapor beberapa buah akhbar dan laman web semalam.Hosni, 82, kini dikatakan sedang bersembunyi di sebuah villa miliknya di pusat peranginan Sharm el-Sheikh, Mesir di Laut Merah selepas beliau meninggalkan Istana Presiden dengan menaiki helikopter kelmarin.
Menurut beberapa sumber diplomatik, antara lokasi yang mungkin menjadi pilihan Hosni dan keluarganya ialah Britain, Perancis, Arab Saudi atau Bahrain.
Isteri Hosni, Suzanne memegang pasport Britain manakala seorang anak lelakinya, Gamal memiliki sebuah rumah besar di Belgravia, London menjadikan Britain pilihan terbaik untuknya tinggal di luar Mesir.
Berbanding Arab Saudi, keluarga itu mungkin akan memilih negara Barat.
Perancis juga boleh menjadi lokasi pilihan buat Hosni. Bekas presiden itu mungkin memilih untuk tinggal di Paris kerana beliau pernah menghabiskan masa di sana sebelum pergi ke Heidelberg, Jerman untuk mendapatkan rawatan sakit belakangnya sebelum ini.
Sumber-sumber menyatakan Hosni juga mungkin memilih untuk tinggal di sebuah rumah di Bahrain.
Beliau dan pemerintah Bahrain, Sheikh Hamad Ibn Isal Al Khalifa merupakan rakan rapat.
Hosni dikatakan amat mempercayai Sheikh Hamad.
Arab Saudi merupakan antara destinasi yang mungkin menjadi tempat tinggal Hosni kerana bekas Presiden Tunisia yang meletakkan jawatan atas desakan rakyat, Zine El Abidine Ben Ali kini dikatakan tinggal di Jeddah, Arab Saudi pada 14 Januari lalu.
Sementara itu, punca Hosni meletakkan jawatan secara mengejut kelmarin disebabkan kata dua yang diberikan tentera kepadanya sama ada berundur atau berlaku satu rampasan kuasa, lapor akhbar Washington Post semalam.
Menurut akhbar itu, Hosni yang memerintah hampir 29 tahun enggan meletakkan jawatan pada Khamis lalu selepas Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Leon Panetta memberitahu Jawatankuasa Perisikan Dewan AS bahawa terdapat petunjuk bahawa Hosni akan meletakkan jawatan.
Keengganan beliau meletakkan jawatan itu menimbulkan kemarahan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) pada Khamis lalu.
Pendedahan itu dibuat oleh seorang pegawai kanan, AS yang namanya tidak didedahkan.
Para pegawai tentera memberi kata dua kepada Hosni supaya meletakkan jawatan beberapa jam sebelum pengumuman peletakan jawatan tersebut diumumkan pada pukul 10 malam waktu tempatan kelmarin. Pengumuman itu dibuat beberapa jam sebelum Hosni meninggalkan Istana Presiden di sini untuk menuju ke pusat peranginan Sharm el-Sheikh di Laut Merah bersama beberapa anggota keluarganya.
Ribuan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir di sini dikatakan tahu bahawa Hosni menerima arahan daripada AS supaya beliau meletakkan jawatan.
Sementara itu, warga Mesir semalam masih meraikan perletakan jawatan Hosni yang menyerahkan kuasa pentadbiran negara kepada tentera dengan menangis kegembiraan, melompat, menjerit, menari serta berpelukan antara satu sama lain.
Malah, ada juga yang berdiri tegak tidak percaya dengan apa yang berlaku. Kaherah juga meriah dengan letupan mercun, bunyi hon kereta dan tembakan yang dilepaskan ke udara.

"Rakyat telah menumbangkan rejim. Ini merupakan hari paling gembira dalam generasi saya," kata seorang penunjuk perasaan, Ali al-Tayab.
Di istana presiden, orang ramai menunjukkan tanda V yang membawa maksud kemenangan dan menjerit: "Bergembiralah rakyat Mesir. Hari ini ialah hari perayaan. Dia sudah meletakkan jawatan."
Sejumlah penunjuk perasaan juga dilihat membersihkan Dataran Tahrir di Kaherah daripada sampah sarap dan bangkai kereta yang terbakar setelah ia menjadi tempat perhimpunan penunjuk perasaan sejak 25 Januari lalu.
Para penunjuk perasaan menuntut Hosni meletakkan jawatan kerana pemerintahannya yang menindas kebebasan bersuara selain tidak membawa kemakmuran ekonomi kepada ramai penduduk yang masih miskin di Mesir. - Agensi
sumber: kosmo
Sabtu, 12 Februari 2011
Luna Maya mahu taubat
JAKARTA: Pelakon dan pengacara terkenal Indonesia, Luna Maya berkata, dia mahu bertaubat, memperbaiki kesilapannya dan meminta peminat memberinya kesempatan berbuat demikian.Peguam Luna, Raffi Ahmad berkata kekasih vokalis kumpulan Peterpan Nazril Ariel Irham itu, terkilan dengan tunjuk perasaan yang dilakukan orang ramai terhadap mereka ketika Ariel dijatuhkan hukuman penjara 42 bulan atas kesalahan menyebarkan video lucah baru-baru ini.
“Luna pernah memberitahu saya, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap orang pasti pernah melakukan kesalahan. Dia juga ingin memperbaiki kesalahannya. Berikutan itu kalangan peminat perlu memberi sokongan kepadanya.
“Tindakan berdemonstrasi dan melemparkan kata-kata kesat tidak mendatangkan faedah sebaliknya memburukkan lagi keadaan. Jika kita bersedia memaafkan orang lain, ia lebih mulia,” kata Raffi ketika ditemui wartawan di Jakarta Barat.
Raffi berkata beliau bersimpati dengan Luna dan penghinaan yang diterimanya membabitkan kes itu.
“Sesiapa yang menghadapi masalah seperti dialami Luna, pasti akan menghadapi tekanan jiwa yang berat. Tiada siapa ingin berdepan masalah seperti ini,” katanya.
Raffi berkata anak guamnya tidak pernah bercerita secara terperinci mengenai tekanan yang dihadapinya kerana ia terlalu sensitif untuk dibincangkan. Kelmarin, Luna tidak hadir pada sambutan hari lahir rakan baiknya, Olga Syahputra dan tidak memberi alasan ketidakhadirannya.
Luna sebelum ini menemui Suruhanjaya Hak Asasi Indonesia bagi mendapatkan bantuan membabitkan kesnya selepas mendakwa ‘dianiaya’ sistem perundangan negara itu. – Agensi
Nenek dedah punca dia tumpaskan enam perompak
NORTHAMPTON - Seorang nenek di Britain, Ann Timson yang menumpaskan enam penjenayah yang mahu merompak sebuah kedai barang kemas dengan menggunakan beg tangannya, menafikan dia merupakan seorang wirawati, lapor sebuah akhbar kelmarin."Mungkin sesuatu yang bodoh buat saya kerana terlibat dalam kejadian itu tetapi seseorang perlu melakukan sesuatu," katanya selepas kejadian itu berlaku pada Isnin lalu.
Menurut jiran-jirannya, dia kerap memeriksan penduduk yang terdedah pada jenayah di kawasan perumahannya.
Dalam kejadian pada Isnin lalu, nenek berusia 71 tahun itu memukul kesemua penjenayah itu dengan beg tangannya apabila dia melihat mereka cuba melarikan barang kemas dari sebuah kedai di sini.
"Saya sedang berdiri dan berbual dengan seorang wanita apabila saya terdengar bunyi bising dan melihat enam lelaki menaiki beberapa skuter di seberang jalan.
"Mereka sedang memukul seorang lelaki dan saya cuba masuk campur untuk membantu lelaki itu. Apa yang merisaukan saya ialah orang ramai hanya berhenti untuk melihat tetapi tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan perbuatan tersebut.
"Apabila saya berada dekat dengan mereka baru saya sedar bahawa kejadian itu adalah satu rompakan dan saya bertambah marah kerana mereka (kumpulan perompak) fikir mereka bebas melakukan jenayah di tempat terbuka pada siang hari," katanya.
Menurutnya, dia kemudian memukul seorang perompak itu dengan menggunakan beg tangannya tetapi lelaki itu melarikan diri manakala rakan-rakannya cuba memecahkan cermin untuk mencuri barangan kemas.
"Saya tidak tahu apa yang berlaku seterusnya tetapi saya terus menghayunkan beg saya. Saya memukul seorang perompak yang berada di atas skuter sehingga dia terjatuh. Dia mengangkat sebatang tukul besi untuk memukul saya, jadi, saya terus memukul sambil menjerit meminta pertolongan," jelas nenek itu.

Nasib warga emas itu baik, kerana orang ramai yang berada di sekitar kawasan itu datang untuk menolongnya.
Kejadian tersebut dirakamkan oleh seorang jurugambar yang kebetulan berada di tempat kejadian.
Salah seorang perompak itu ditangkap oleh orang awam.
Selepas perompak itu disoal siasat, polis telah memberkas tiga lagi rakannya yang lain dan bakinya kini diburu pihak berkuasa. - Agensi
sumber: kosmo
PM Itali akui beliau melakukan dosa
Kesatuan Soviet merupakan sebuah empayar komunis yang kemudian runtuh dan beberapa wilayah yang menganggotainya berpecah.
Salah sebuah anggota kesatuan itu ialah Rusia yang kini mengamalkan pemerintahan demokrasi.

Perdana Menteri bermasalah itu menggunakan wawancaranya dengan sebuah akhbar tempatan berpengaruh, Il Foglio bagi meningkatkan tekanan dalam perang saraf dengan beberapa majistret berkenaan.
Pada minggu hadapan, seorang hakim yang mendengar permintaan majistret-majistret di Milan untuk mendakwa Berlusconi akan memutuskan sama ada beliau perlu dibicarakan di mahkamah.
Sebelum ini, pihak pendakwa raya Itali menyatakan mereka memiliki cukup bukti untuk mendakwa Berlusconi, 74, kerana membayar seorang remaja bawah umur, untuk khidmat seks seterusnya menggunakan pengaruh beliau untuk membantu gadis berkenaan.
"Kadangkala saya seperti orang lain, tidak terlepas daripada melakukan dosa tetapi cara mereka gunakan untuk mahu membawa saya ke muka pengadilan adalah melampau," katanya.
Menurut perdana menteri berkenaan, siasatan majistret-majistret terbabit bermotifkan politik seperti pengintipan terhadap kehidupan peribadi orang awam yang pernah dilakukan oleh pemerintah komunis di Jerman Timur. - Agensi
sumber: kosmo
Facebook, Google ambil alih Twitter?
NEW YORK 10 Feb. - Eksekutif syarikat mikroblogging Twitter Inc. dilapor telah mengadakan perbincangan 'peringkat rendah' dengan eksekutif Facebook Inc. dan Google Inc. beberapa bulan lepas berhubung kemungkinan pengambilalihan Twitter, menurut laporan laman web akhbar Wall Street Journal, semalam.Menurut akhbar tersebut, perbincangan telah dijalankan dan anggaran pengambilalihan syarikat tersebut berkemungkinan menelan belanja sebanyak AS$8 bilion (RM24.3 bilion) hingga AS$10 bilion (RM30.4 bilion).
Disember lalu, Twitter telah menambah pembiayaan syarikat sebanyak AS$200 juta (RM609.2 juta) dalam satu perjanjian yang meletakkan nilai syarikat tersebut kepada AS$3.7 bilion (RM11.2 bilion) ketika itu.
Pembiayaan dari Silicon Valley, firma usahasama Kleiner Perkins Caufield & Byers dan pelabur-pelabur Twitter itu, menekankan harapan tinggi pelabur terhadap syarikat rangkaian sosial tersebut.
Google dan Facebook tidak mengulas lanjut laporan Wall Street Journal itu.

Facebook baru-baru ini menambah pembiayaannya dalam satu perjanjian yang meletakkan nilai laman web sosial itu kepada AS$50 bilion (RM157 bilion), berbanding AS$10 bilion (RM30 bilion) pada pertengahan 2009.
Google dan Facebook sebelum ini pernah membincangkan tawaran pengambilalihan Twitter dengan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg menawarkan sejumlah AS$500 juta (RM1.5 bilion) kepada pengasas Twitter bagi tujuan itu. Bagaimanapun urus janji itu gagal.
Twitter kini mempunyai seramai 175 pengguna berdaftar. - Reuters
Mubarak undur, tentera ambil alih Mesir
Presiden Mesir Hosni Mubarak akhirnya meletakkan jawatan dan meminta pihak tentera mentadbir negara itu, umum naib presiden Omar Suleiman.Kenyataan ringkas di stesen televisyen nasional itu dibuat sehari selepas Mubarak bertegas tidak akan melepaskan jawatannya.
Berita pengundurannya itu disambut meriah oleh lebih sejuta rakyat Mesir yang berkumpul di Dataran Tahrir di Kaherah.
Presiden dan keluarganya sebelum itu dilaporkan meninggalkan istana presiden di ibu negara ke Resort Laut Merah Sharm el-Sheihh.
Lelaki yang menerajui Mesir selama 30 tahun dan terlepas daripada enam cubaan membunuh akhirnya terpaksa akur kepada kehendak rakyat yang mahukan perubahan.
Mubarak, 82, meletakkan jawatan hari ini selepas 18 hari protes antikerajaan tanpa gangguan - yang terbesar pernah dilangsungkan di negara itu.
Mubarak terhindar daripada banyak serangan sebelum ini tetapi suara rakyat akhirnya membuktikan sesuatu.
Enam kali pembunuh upahan cuba menamatkan riwayatnya. Perang sampai ke pintu rumah.
Jiran mengebom negaranya. Kerajaan pimpinannya hampir muflis. Aktivis berulang kali menyumpahnya di jalan raya. Tetapi Mubarak selama itu terus juga berkuasa.Kebanyakan rakyat Mesir masih belum dilahirkan apabila presiden sebelumnya Anwar Sadat dibunuh pada 1981.
Mubarak, ketika itu naib presiden, hanya beberapa meter daripada Sadat, dan turut terkena tembakan di tangan.
Beliau mengangkat sumpah sebagai presiden lapan hari kemudian, pada 14 Oktober 1981.
sumber: malaysiakini
Lindsay Lohan dituduh mencuri di mahkamah
LOS ANGELES - Selebriti terkenal, Lindsay Lohan kelmarin mengaku tidak bersalah di sebuah mahkamah atas tuduhan mencuri seutas rantai leher berharga AS$2,500 (RM7,611) milik sebuah butik aksesori di California.Lohan tampil di mahkamah tersebut dengan memakai gaun pendek berwarna putih dan bercermin mata hitam.
Selebriti berusia 24 tahun itu bakal berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun jika didapati bersalah.
Dia didakwa membawa keluar rantai leher itu dari butik Kamofie & Company di Venice, California, pada Januari lalu tanpa membuat sebarang bayaran.
Namun, Lohan sudah memulangkan rantai leher tersebut kepada polis.
Insiden itu berlaku tiga minggu selepas Lohan menamatkan rawatan di sebuah pusat pemulihan akibat mengalami masalah ketagihan dadah dan alkohol.
Peguam selebriti itu, Chapman Holley memberitahu Lohan mengaku tidak bersalah dalam pendengaran kes tersebut.
Lohan yang kelihatan cukup tenang semasa memakai gaun berwarna putih mirip pelakon Sharon Stone dalam filem Basic Instinct dibebaskan dengan ikat jamin AS$20,000 (RM60,930).
"Kamu kini berada dalam satu situasi yang berbeza kini kerana satu dakwaan telah difailkan. Setiap orang perlu patuh pada undang-undang," kata Hakim Mahkamah Tinggi Los Angeles, Keith Schwartz.
Lohan memulakan kerjaya dalam bidang seni seawal usia 11 tahun apabila dia berlakon dalam filem keluaran Disney, The Parent Trap sebelum muncul dengan Freaky Friday dan Herbie Fully Loaded.
Beberapa rakan memberitahu bahawa pelakon filem Mean Girls itu pada mulanya menganggap bahawa rantai leher itu sebagai satu pinjaman daripada butik tersebut.
Dia akan sekali lagi dihadapkan ke mahkamah pada 23 Februari depan. - Agensi
sumber: kosmo
Tujuh rakyat Somalia didakwa tembak pasukan ATM
Mereka ialah Ahmed Othman Jamal, 25; Abdil Eid Hasan, 20; Koore Mohamed Abdile, 18; Abdi Hakim Mohd. Abdi, 18, dan tiga lagi yang berusia 15 tahun.
Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Shakirah Mohtarudin.
Pertuduhan itu dibacakan oleh seorang rakyat Somalia yang dilantik pihak pendakwaan sebagai penterjemah iaitu Yaser Mohamad Ahmad, penuntut Universiti Utara Malaysia.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat untuk mendatangkan kematian atau kecederaan di koordinat latitud 20”14.73N longitud 083”39.96 E, 250 batu nautika dari perairan Oman, antara 8.10 pagi dan 10 malam, 20 Januari lepas.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan. - Bernama
sumber: kosmo



