Khamis, 31 Mac 2011

Bekas timbalan menteri meninggal dunia

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Menteri Datuk Tan Tiong Hong meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 pagi tadi di rumahnya di Persiaran Persekutuan, Seri Bukit Persekutuan di sini. Menurut anak saudaranya Jessica Lai, mendiang yang berumur 66 tahun mati selepas terjatuh ketika bersarapan.


"Ketika itu mendiang makan berseorangan dan tiba-tiba terjatuh menyebabkan kepalanya terhantuk pada bucu meja. Pakcik saya tidak mempunyai sebarang penyakit," kata Jessica yang juga ahli Majis Tertinggi Wanita MCA kepada Bernama. Beliau berkata mayat Tiong Hong akan diuruskan Ahad ini.


Orang ramai boleh memberi penghormatan kepada mendiang di No 15, Persiaran Persekutuan, Seri Bukit Persekutuan mulai esok hingga Sabtu. Mendiang pernah menjawat beberapa jawatan dalam kerajaan antaranya sebagai Timbalan Menteri Pendidikan pada tahun 1982 dan Timbalan Menteri Kewangan pada 1984.


Mendiang sebelum meninggal masih aktif dalam politik dan menjadi Naib Pengerusi MCA bahagian Kepong dan Ketua Cawangan MCA Jinjang Utara Tambahan Sektor A. - Bernama


kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger