Memaparkan catatan dengan label Kerajaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerajaan. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Ogos 2011

Kerajaan Selangor Beri Bonus Duit Raya 2011 Sebanyak RM 500

Berita baik untuk penjawat awam di Negeri Selangor, Ketua Menteri, Khalid Ibrahim, mengumumkan di dalam Twitter beliau bahawa Kerajaan Selangor akan memberikan bonus duit raya untuk tahun 2011 sebanyak RM 500.

Berkemungkinan memo khas bakal dikeluarkan secara rasmi tidak lama lagi dalam pentadbiran.Untuk makluman, hanya penjawat awam kategori 54 dan kebawah sahaja yang layak menerima bantuan khas tersebut.

Kerajaan Pulau Pinang juga dijangka akan membuat pengumuman mengenai bantuan khas duit raya ini. Dan ada juga ura-ura mengatakan bahawa Pulau Pinang bakal memberikan RM 600 kepada penjawat awam mereka.


Buat masa ini, belum ada khabar berita dari Kerajaan Persekutuan berhubung dengan pemberian bonus duit raya untuk tahun ini. Kalau ikutkan kelaziman, kerajaan pimpinan Barisan Nasional sudah semestinya tidak mahu kalah dari segi pemberian bonus. Walau apapun, kita tunggu dan lihat sahaja nanti.

kredit

Jumaat, 22 April 2011

Kerajaan tiada rancangan untuk bina LRT di Kuching

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara hari ini diberitahu kerajaan belum mempunyai perancangan untuk membina sistem Transit Aliran Ringan (LRT) di Kuching, Sarawak, bandar keempat terbesar di negara ini.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, pembinaan sistem LRT hanya sesuai di kawasan bandar raya yang mempunyai kepadatan penduduk sehingga 1.5 juta orang.

Bandaraya Kuching hanya mempunyai jumlah penduduk seramai 630,000 orang. Bagi kawasan pekan atau bandar raya yang kepadatan penduduk kurang daripada 1.4 juta orang, perkhidmatan bas yang cekap dan efisien akan disediakan, katanya ketika menjawab soalan Senator Doris Brodie di Dewan Negara, hari ini.

Brodie ingin tahu sama ada kerajaan bercadang membangunkan fasa pertama sitem LRT di bandaraya Kuching yang jumlah penduduknya semakin meningkat dan juga pertumbuhan ekonomi yang makin memberangsangkan.


Liew berkata, cadangan mengenai potensi membangunkan sistem LRT di Sarawak bagaimanapun mungkin dikaji semula apabila Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mula beroperasi di Sabah dan Sarawak tahun depan. - BERNAMA


kredit

Jumaat, 1 April 2011

Kerajaan komited bantu golongan miskin tanpa mengira kaum: PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan komited untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana tanpa mengira kaum. Perdana Menteri berkata, kumpulan sasar ini bukan saja terdiri golongan miskin di luar bandar tetapi juga di bandar.

"Kita bukannya cakap pasal miskin tegar. Kita cakap mengenai mereka yang berpendapatan sekitar RM3,000 atau AS$1,000 sebulan," katanya dalam temubual oleh saluran televisyen Bloomberg yang disiarkan hari ini. Laporan tahunan 2010 Program Transformasi Kerajaan yang diumumkan minggu lalu menunjukkan 99.8 peratus daripada 44,643 isi rumah miskin tegar tidak lagi berada dalam kategori itu.

Najib juga berkata banyak kelonggaran telah diperkenalkan dalam pelbagai sektor oleh kerajaan berkaitan dasar mengenai Bumiputera.


"Sekarang ini, boleh ada 100 peratus (penguasaan korporat). Tidak ada lagi syarat penyertaan Bumiputera, umpamanya, dalam sektor pembuatan. Pelabur asing boleh mempunyai pegangan ekuiti 100 peratus. Orang tidak lagi membantah sangat mengenai dasar itu pada masa ini," kata Perdana Menteri. - BERNAMA



kredit

Khamis, 31 Mac 2011

Rakyat mahu kerajaan yang cekap, bersih dan telus - Najib

KUALA LUMPUR 30 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat hari ini mengharapkan bukan hanya pembangunan semata-mata tetapi sebuah kerajaan yang mampu mentadbir dengan cekap, telus dan bersih yang boleh dianggap sebagai tadbir urus yang baik.


Perdana Menteri berkata, jangkaan rakyat dan juga sikap mereka terhadap pemimpin dan kerajaan sudah berbeza. Menurutnya, sebab itu ukuran untuk menjadi pemimpin hari ini adalah lebih tinggi dari dahulu kerana pada masa dahulu maklumat tidak mudah diperolehi tetapi pada hari ini rakyat lebih berpendidikan dan memperoleh maklumat yang lebih.


"Hari ini apapun kita nak sembunyipun akhirnya akan timbul juga, orang akan tahu juga. Jadi kita sebagai pemimpin mesti sedar (dan) kena buat perubahan pada diri kita penyesuaian. InsyaAllah kalau kita buat penyesuaian, saya yakin rakyat masih lagi mahu kepada Barisan Nasional (BN) untuk memimpin negara kita, tapi mereka nak BN yang sudah berubah mengikut selera keadaan hari ini," katanya berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) ke-34 di Bangunan BAKTI Siti Hasmah, di sini, hari ini. - Bernama


kredit

Selasa, 29 Mac 2011

Kerajaan Libya isytihar genjatan senjata di Misrata

RABAT 29 Mac - Kementerian Luar Negara Libya mengisytiharkan genjatan senjata di Misrata hari ini, kata agensi berita tempatan merujuk kepada kawasan bandar di barat Libya.


"Kementerian Luar Negara mengisytiharkan unit anti pengganas telah menghentikan serangan terhadap sasaran kumpulan pengganas.


"Bandar Misrata kini dalam keadaan selamat dan tenang di samping perkhidmatan awam sudah mula beroperasi untuk memberikan khidmat mereka kepada penduduk," kata pihak kementerian yang dipetik oleh agensi berita Jana. - Reuters


kredit

Jumaat, 25 Mac 2011

Industri ICT penting penuhi hasrat kerajaan menuju MBE

KUALA LUMPUR: Industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memainkan peranan yang amat penting dalam memenuhi hasrat kerajaan menuju ke arah Model Baru Ekonomi (MBE) yang berpaksikan pengetahuan dan inovasi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Beliau berkata, pada hari ini kreativiti dan inovasi ICT memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang termasuk memudahkan urusan perdagangan, rawatan kesihatan, mencipta peluang pekerjaan, meningkatkan penggunaan ilmu pengetahuan dan pada masa yang sama, memantapkan lagi ekonomi dunia.


"Semenjak tidak kurang dari empat dekad lalu, industri ini berkembang pesat sehingga menjadi asas kepada penjanaan pertumbuhan ekonomi dunia," kata beliau pada majlis penyampaian Anugerah ICT NEF-Awani di sini hari ini.


Najib juga meminta persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) bumiputera supaya perlu lebih sensitif kepada pergerakan dan permintaan pasaran dan mempunyai keupayaan untuk memperoleh projek serta peluang bagi anggota-anggota mereka dalam usaha merapatkan jurang ekonomi yang wujud di antara bumiputera dan golongan lain.


Katanya, sebagai persatuan bumiputera, adalah menjadi tanggungjawab setiap persatuan untuk mengetahui dan merasai nadi keperluan anggota-anggotanya.


"Persatuan harus menerajui inisiatif ke arah memenuhi keperluan-keperluan ini serta mencari jalan penyelesaian permasalahan yang dilalui anggota-anggota. Perkara ini amat penting untuk memastikan isu-isu industri yang dihadapi oleh peniaga Bumiputera dapat diatasi," katanya. Sebanyak 13 anugerah telah disampaikan pada majlis yang disiarkan secara langsung melalui Astro Awani itu.


Antara pemenang anugerah ialah Century Software Sdn Bhd bagi kategori Produk Perisian Bumiputera Terbaik, Reza Razali (Anugerah Usahawan Tekno Bumiputera Muda Terbaik), Lotdotmy Sdn Bhd (Anugerah Aplikasi Media Baru Bumiputera Terbaik) dan Les' Copaque Production Sdn Bhd (Anugerah Khas: NEF-Awani Tun Dr Mahathir). - BERNAMA


Selasa, 22 Mac 2011

Kerajaan guna segala kudrat tunai janji: Najib

PUTRAJAYA 22 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, apabila kerajaan mengaku untuk melaksanakan sesuatu, ia akan menunaikannya dengan menggunakan segala ikhtiar dan kudrat yang ada.

Malah, kata Perdana Menteri, sebelum berjanji lagi, kerajaan akan memastikan apa yang dinyatakan itu bersifat realistik, dalam kemampuan kerajaan yang wajar, bertanggungjawab dan mengambil kira semua aspek kesejahteraan rakyat serta kepentingan jangka panjang.

"Segala-galanya berlandaskan falsafah induk Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,? katanya semasa berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-12 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Najib berkata, perbezaan antara parti yang bertanggungjawab dan yang tidak bertanggungjawab boleh dilihat melalui janji yang dibuat kepada rakyat setiap kali menjelang pilihan raya. - Bernama

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger