Jumaat, 1 April 2011

Kerajaan komited bantu golongan miskin tanpa mengira kaum: PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan komited untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana tanpa mengira kaum. Perdana Menteri berkata, kumpulan sasar ini bukan saja terdiri golongan miskin di luar bandar tetapi juga di bandar.

"Kita bukannya cakap pasal miskin tegar. Kita cakap mengenai mereka yang berpendapatan sekitar RM3,000 atau AS$1,000 sebulan," katanya dalam temubual oleh saluran televisyen Bloomberg yang disiarkan hari ini. Laporan tahunan 2010 Program Transformasi Kerajaan yang diumumkan minggu lalu menunjukkan 99.8 peratus daripada 44,643 isi rumah miskin tegar tidak lagi berada dalam kategori itu.

Najib juga berkata banyak kelonggaran telah diperkenalkan dalam pelbagai sektor oleh kerajaan berkaitan dasar mengenai Bumiputera.


"Sekarang ini, boleh ada 100 peratus (penguasaan korporat). Tidak ada lagi syarat penyertaan Bumiputera, umpamanya, dalam sektor pembuatan. Pelabur asing boleh mempunyai pegangan ekuiti 100 peratus. Orang tidak lagi membantah sangat mengenai dasar itu pada masa ini," kata Perdana Menteri. - BERNAMA



kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger