Jumaat, 22 April 2011

Kerajaan tiada rancangan untuk bina LRT di Kuching

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara hari ini diberitahu kerajaan belum mempunyai perancangan untuk membina sistem Transit Aliran Ringan (LRT) di Kuching, Sarawak, bandar keempat terbesar di negara ini.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, pembinaan sistem LRT hanya sesuai di kawasan bandar raya yang mempunyai kepadatan penduduk sehingga 1.5 juta orang.

Bandaraya Kuching hanya mempunyai jumlah penduduk seramai 630,000 orang. Bagi kawasan pekan atau bandar raya yang kepadatan penduduk kurang daripada 1.4 juta orang, perkhidmatan bas yang cekap dan efisien akan disediakan, katanya ketika menjawab soalan Senator Doris Brodie di Dewan Negara, hari ini.

Brodie ingin tahu sama ada kerajaan bercadang membangunkan fasa pertama sitem LRT di bandaraya Kuching yang jumlah penduduknya semakin meningkat dan juga pertumbuhan ekonomi yang makin memberangsangkan.


Liew berkata, cadangan mengenai potensi membangunkan sistem LRT di Sarawak bagaimanapun mungkin dikaji semula apabila Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mula beroperasi di Sabah dan Sarawak tahun depan. - BERNAMA


kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger