Jumaat, 22 April 2011

JCorp menang dua anugerah ADFIAP

JOHOR BAHARU: Johor Corporation (JCorp) memenangi dua anugerah daripada Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan di Asia dan Pasifik (ADFIAP) 2011.


JCorp di dalam kenyataan hari ini, berkata anugerah itu adalah Anugerah Khas Laporan Tahunan Terbaik dan Anugerah Projek Pembangunann Cemerlang Tanggung Jawab Sosial Korporat.

Presiden dan Ketua Ekskutif, Kamaruzzaman Abu Kassim mewakili JCorp pada majlis penganugerahan itu di Acapulco Beach Club Resort and Hotel, Kyrenia di North Cyprus semalam. Kategori Anugerah Projek Pembangunan Cemerlang yang dimenangi JCorp membabitkan projek syarikat, iaitu Briged Waqaf dan Hospital Waqaf An-Nur dan Rangkaian Klinik Waqaf An-Nur.

Kesemua projek itu terletak di bawah pengurusan Jabatan Bisnes Amal, dengan kerjasama syarikat-syarikat di dalam Kumpulan JCorp. - BERNAMA


kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger