Jumaat, 23 September 2011

Pengguna tidak berpuas hati dengan Facebook

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Para pengguna Facebook kelmarin memberi reaksi tidak puas hati tentang beberapa pembaharuan yang dilaksanakan di laman rangkaian sosial tersebut.Di Facebook, orang ramai meluahkan ketidakpuasan hati mereka dengan mewujudkan laman bertajuk 'Petisyen untuk menentang tapak web baru Facebook' manakala laman serupa, #NewFacebook turut diwujudkan di Twitter.Sebahagian mereka mengadu bahawa perubahan terbaharu Facebook dibuat untuk meniru pesaingnya, Google+ dan perkhidmatan mesej perkongsian berita di Twitter."Ramai...

Bill Gates paling kaya di AS

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Status ekonomi AS yang tidak menentu sejak kebelakangan ini tidak menghalang pengasas gergasi perisian komputer Microsoft, Bill Gates mengungguli tempat teratas individu terkaya di AS selama 18 tahun berturut-turut.Senarai tersebut yang di keluarkan oleh majalah Forbes kelmarin, turut menyenaraikan 400 orang terkaya di negara kuasa besar berkenaan.Menurut majalah tersebut, nilai kekayaan pengasas bersama Microsft itu pada tahun ini ialah AS$59 bilion (RM185.82 bilion), bertambah sebanyak AS$5 bilion (RM15.74...

Bekas eksekutif Proton dipenjara, denda

KUALA LUMPUR – Seorang bekas eksekutif pembelian Proton dipenjara enam bulan dan didenda RM70,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan menerima rasuah membabitkan RM3,028.27 daripada seorang pemilik syarikat enam tahun lepas.Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membuat keputusan itu terhadap Fahmy Ameer Mohd Raf, 36, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes itu.Bagi setiap pertuduhan, Ahmad Zamzani menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM10,000 atau, penjara...

79 Termasuk 22 Wanita Ditahan Kerana Berjudi

GEORGETOWN – Polis menahan 79 orang termasuk 22 wanita yang sedang berjudi di sebuah bangsal di Kampung Batak, Relau di sini awal pagi tadi.Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Lai Far Him berkata serbuan dalam “Ops Dadu” itu dilakukan selepas pihak polis menjalankan intipan di kawasan berkenaan sejak minggu lepas.“Serbuan dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Daerah Barat Daya pada kira-kira pukul 1 pagi tadi.“Kesemua yang ditahan merupakan penduduk tempatan yang berusia lingkungan 40...

Aset RM72.7b milik Gaddafi ditemui

TRIPOLI, Libya - Pemerintah sementara Libya, Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) menyatakan, pihaknya mendapat durian runtuh apabila menemui aset berjumlah AS$23 bilion (RM72.7 bilion) di bank pusat Libya yang tidak digunakan oleh bekas pemimpin negara berkenaan, Muammar Gaddafi, lapor akhbar Financial Times semalam.Penemuan tersebut yang dilaporkan Financial Times dapat membantu usaha NTC dalam membangunkan semula negara berkenaan.Seorang pegawai kewangan NTC, Wafik Shater memberitahu wartawan di Dubai, bank pusat itu menyimpan wang kertas dinar...
 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger