Selasa, 29 Mac 2011

Capello undang benci

Rehat 5 tonggak England hadapi Ghana, hari ini

LONDON: Fabio Capello mengambil risiko mempertaruhkan rentak England selepas kemenangan meyakinkan ke atas Wales dalam pusingan kelayakan Euro 2012 apabila menyisihkan beberapa tonggak menentang Ghana dalam perlawanan persahabatan, hari ini.

Capello memilih merehatkan lima pemain yang membantu pasukan itu menundukkan Wales 2-0 di Cardiff Sabtu lalu sebagai usaha membantu dan meraih sokongan pengurus kelab mereka. Ini bermakna Capello akan beraksi tanpa kapten yang baru dilantik semula, John Terry dan rakan sepasukannya di Chelsea Frank Lampard dan Ashley Cole, serta penyerang Manchester United Wayne Rooney dan pertahanan Tottenham Michael Dawson.

Selain itu, pertahanan kanan Aston Villa, Kyle Walker terpaksa diketepikan akibat kecederaan paha.


Selepas berjaya dengan perubahan formasi 4-3-3 menentang Wales yang memberi peluang kepada Dawson, Jack Wilshere, Scott Parker, Ashley Young membuktikan keupayaan mereka, keputusan Capello itu tampak aneh apabila sesuka hati membuat perubahan tiga hari kemudian.


Capello mengakui selepas perlawanan menentang Wales dia terpaksa pertimbang membuat 11 pertukaran menentang Ghana dan, sekiranya tidak berbuat demikian, akan tetap ada eksperimen ke atas pasukannya di Wembley.
Seorang pemain yang berharap benar untuk terpilih beraksi adalah perancang West Ham Parker, yang memainkan peranan penting di bahagian itu.


Bapanya Mick meninggal dunia Jumaat lalu selepas lama sakit tetapi bintang Hammers itu tetap mahu beraksi walaupun dalam kesedihan.


"Ia adalah minggu sukar. Bapa saya sudah lama sakit," kata Parker. - AFP


kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger