Memaparkan catatan dengan label airasia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label airasia. Papar semua catatan

Ahad, 3 April 2011

Terengganu mahu jadi hab AirAsia pantai timur

KUALA TERENGGANU 2 April - Kerajaan negeri Terengganu merancang untuk menjadikan negeri itu sebagai hab penerbangan AirAsia bagi daerah pantai timur Semenanjung.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri juga merancang untuk mengadakan kerjasama dengan AirAsia bagi melatih anak-anak Terengganu sebagai juruterbang dan jurutera syarikat tersebut.

"Baru-baru ini kita telah mengadakan rundingan dengan AirAsia bagi menjadikan Terengganu sebagai hab penerbangan AirAsia di sebelah pantai timur serta melatih anak-anak Terengganu menjadi juruterbang serta dan jurutera.

"Rundingan seterusnya akan diadakan tidak lama lagi,? katanya kepada pemberita. - Bernama


kredit

Sabtu, 12 Februari 2011

AirAsia perkenal sistem komunikasi terbuka

SYARIKAT penerbangan tambang murah terkemuka, AirAsia Bhd (AirAsia) menjangkakan pelanggannya akan menggunakan kemudahan pusat maklumat dan penyelesaian terbaru yang diperkenalkan bagi mengajukan pelbagai pertanyaan melalui airasia.com/ask.

Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Seri Dr Tony Fernandes, dalam satu kenyataan, berkata pusat maklumat berkenaan disediakan secara percuma untuk pelanggan AirAsia dengan menyediakan ruang bagi mengutarakan soalan berkaitan penerbangan yang dilakukan melalui ruang sembang, webmail dan twitter.

“Sebaik saja soalan diterima, airasia.com/ask akan memberikan maklum balas yang tepat melalui teknologi maklum balas automatik,” katanya.

Menurutnya, teknologi berkenaan juga membolehkan pusat maklumat itu menjejak topik dan trend serta memberikan capaian kepada soalan yang sering dikemukakan.

“Mempunyai sistem komunikasi terbuka seumpama ini adalah penting untuk AirAsia kerana pelanggan adalah keutamaan kami.

“Dengan kemudahan airasia.com/ask, kami memberikan pelbagai nombor untuk dihubungi dengan mudah bagi membolehkan pelanggan mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan syarikat, produk dan perkhidmatan,” katanya.

Menurutnya, buat masa ini perkhidmatan berkenaan boleh dicapai melalui Internet namun, akan menyediakan versi sama bagi pengguna telefon bimbit pada masa akan datang.

sumber: hmetro
 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger