Memaparkan catatan dengan label Sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sarawak. Papar semua catatan

Khamis, 21 April 2011

Banyak lagi ‘drama’ menjelang p’raya Sarawak

KULIM, 3 April: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, menjelang pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini, banyak lagi lakonan drama yang akan dipentaskan.


Ini, ujarnya termasuklah menampilkan pelakon yang membawa watak dalam video seks lucah yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Pelik, aneh, ajaib dan ganjil. Video seks lucah dinyatakan sebagai tulen. Yang rakyat mahu tahu ialah pelakon yang mirip wajah Anwar. Siapa dia pelakon itu. Yang edar video lucah kenapa tiada tangkapan.


Katanya, rakyat jelata yang ada video lucah didakwa, sementara pemimpin Umno dan BN yang terlibat tidak pula didakwa.


“Inilah keadilan yang dicemari oleh kuasa penyelewengan dalam sistem pentadbiran dan kehakiman negara," katanya yang juga Naib Presiden PAS.


Mengenai rasuah, beliau berkata sepatutnya tangkapan ke atas mereka yang terlibat dengan gejala rasuah dalam negara mestilah bersikap telus dan adil.


“Janganlah hanya tangkapan dibuat ke atas ‘bilis-bilis’ sahaja sedangkan jerung dibiarkan bermaharaja lela,” katanya ketika menyampaikan ceramah isu semasa di Kampung Keladi, semalam.


Menurutnya, tangkapan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Mustafa Salim, hanyalah sebagai salah satu muslihat yang cuba ditunjukkan menjelang pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang.


"Yang kecil-kecil melibatkan rasuah sebanyak RM2,000 seperti mana yang didakwa keatas Adun Lenggeng jadi mangsa kepada percaturan Umno dan Barisan Nasional. Manakala jerung-jerung besar yang melibatkan skandal jutaan dan bilion ringgit dibiarkan bebas secara berleluasa.


"Inilah sikap sebenar BN yang cuba mengelirukan pemikiran rakyat. Pada anggapan mereka, dengan pendakwaan terpilih itu rakyat akan percaya, rasuah sedang dibanteras,” katanya.


Tambahnya, sedangkan yang menghilangkan wang rakyat sebanyak RM50 bilion tidak diambil sebarang tindakan.


Apa lagi, katanya jika yang terklibat dalam penyelewengan adalah kroni dan suku-sakat kepada kepimpinan Umno dan BN.


kredit

PAS buka jalan rakyat Sarawak buat perubahan

KOTA SAMARAHAN, 6 April: Rakyat Sarawak sudah menyedari salah laku Ketua Menteri mereka, Tan Sri Abdul Taib Mahmud namun takut untuk membuat perubahan, kata ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Beliau berkata, PAS sudah bersedia untuk membantu rakyat Sarawak keluar daripada ketakutan itu dan membuat perubahan di negeri ini.


"Rakyat Sarawak  ngin meyakinkan parti-parti yang bertanding khususnya Pakatan Rakyat bahawa salah laku keluarga Taib Mahmud diketahui umum tapi mereka kurang berani menunjukkan kemarahan.


"Mereka gerun dan takut untuk buat perubahan dan mengharapkan kami untuk tanamkan keyakinan untuk jatuhkan Taib. Kita buat satu mukadimah masuk ke Muara Tuang supaya mereka berasa yakin," katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon di Dewan Suarah, dekat sini hari ini.


Ahli Parlimen Bukit Gantang itu juga berkata, PAS sudah pasti ingin merampas kerusi itu dari BN, apatah lagi calonnya ialah adik Taib sendiri.


Namun katanya, jika hanya berjaya mengurangkan majoriti BN sekalipun, ianya merupakan kejayaan besar kerana PAS baru pertama kali bertanding di Dun itu.


"Peluang untuk PAS menang nampaknya 50-50 kerana ini kali pertama PAS bertanding di sini. Sebelum ini PKR bertanding dan mereka kalah dengan majoriti enam ribu lebih. Jadi kita rasa kalau pun kita dapat kurangkan majoriti pun satu kejayaan besar," katanya.


Mengulas mengenai calon wanita yang diletakkan PAS pula, beliau berkata ianya satu keputusan tepat kerana majoriti pengundi di Muara Tuang terdiri daripada wanita.


"Sebahagian besar pengundi di Dun ini adalah wanita jadi dengan PAS meletakkan Noraini yang dikenali di kalangan kebanyakan wanita di sini ini satu pilihan yang tepat," katanya.


Ini juga, katanya satu penghormatan kepada Dun Sarawak apabila memberi peluang kepada calon wanita.


"PAS memang mahu mengenengahkan lebih ramai calon wanita dan ini merupakan penghormatan kepada Dewan Undangan Negeri Sarawak kerana boleh memberi peluang kepada calon wanita untuk menganggotai dewan," katanya.


PAS meletakkan Noraini Hamzah, 49, bagi menentang calon BN-PBB, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud, 61.


kredit

Jumaat, 1 April 2011

Sokongan PR meningkat di Sarawak - pengkaji media

PETALING JAYA, 1 April: Seorang pengkaji media  yang juga Pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah hari ini memberitahu sokongan semasa terhadap Pakatan Rakyat (PR) meningkat antara 40 hingga 42 peratus di Sarawak pada masa ini.


Bagaimanapun, Barisan Nasional (BN) masih menguasai sokongan masyarakat negeri itu dengan sekitar 60 peratus dan angka tersebut boleh berubah sekiranya  isu-isu tempatan dapat diuruskan dengan bijak oleh parti politik bertanding.  


"Setakat ini, data menunjukkan kedudukan PR semakin meningkat iaitu antara 40 hinga 42 peratus, manakala BN yang menguasai pengaruh di lingkaran demografi kawasan luar bandar secara keseluruhan menguasai 60 peratus.  


"Namun prediksi persepsi kepercayaan politik ini boleh berubah sekira isu-isu lokal dapat diuruskan dengan baik oleh mana-mana pihak khususnya krisis tanah adat dan perkongsian ekonomi," kata Prof Abu Hassan dalam satu emel yang dikirimkan kepada wartawan bebas.


Isu video seks Anwar tidak beri kesan di Sarawak


Menurut Prof Abu Hassan yang turut terkenal sebagai penganalisis politik dalam dan luar negara turut menganggap isu video lucah yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim turut kurang mendapat tempat di Sarawak berbanding isu-isu tempatan.  


"Isu ini (video lucah) tidak akan memberi kesan langsung yang begitu berpengaruh dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kerana isu ini adalah isu nasional yang amat jauh dari pengetahuan masyarakat Sarawak.


Masyarakat Sarawak juga dijangkakan lebih menumpukan kepada isu tempatan seperti pemilikkan tanah, ketidakadilan sosial masyarakat bumiputera dan isu rasuah serta penyelewengan kuasa politik.


"Di Sarawak krisis adalah lebih banyak pada persoalan masalah-masalah lokal atau tempatan seperti pemilikkan tanah, ketidakadilan sosial bagi masyarakat bumiputera di sana khususnya masyarakat yang berpendapatan rendah dan masih miskin serta isu rasuah dan penyelewengan kuasa politik.


"Isu Video Lucah mungkin hanya diambil berat oleh masyarakat Melayu dan sebahagian dari pemerhati politik yang terdedah pada krisis nasional.


"Sebaliknya hampir 70 peratus masyarakat di Sarawak masih bertarung untuk mengukuhkan posisi dalam ekonomi dan sosial, maka tentulah isu-isu lokal akan lebih mempengaruhi kepercayaan politik mereka," jelas beliau.


Sementara itu ketika mengulas isu video lucah yang sedang hangat diperkatakan beliau menyifatkan Melayu moden hari ini masih belum keluar dari kemelut krisis peradaban.


""Isu Video Lucah bukan soal isu meningkatnya simpati masyarakat terhadap Anwar  sekali gus menderu sokongan kepercayaan politik terhadap Pakatan Rakyat.

Melayu mengalami krisis peradaban


"Isu Video Lucah bagi masyarakat adalah krisis peradaban kaum Melayu yang sudah cukup lama terbeban dengan sejarah semacam ini melalui peristiwa-peristiwa sejarah bangsa Melayu yang turut mengheret krisis yang sama," kata beliau.


Prof Abu Hassan turut menyingkap kembali sejarah Melayu yang menurutnya adalah bukti kepada sikap sesetengah orang Melayu yang menggunakan fitnah sebagai senjata politik mereka semenjak zaman dahulu lagi.


"Hang Tuah difitnah berzina dengan gundik raja, sehingga menyebabkan dia terhukum bunuh dan seterusnya mencetuskan kebangkitan revolusi Hang Jebat yang kemudian menyebabkan pertempuran saudara di Melaka.


"Begitu juga fitnah ke atas anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang dituduh berzina dengan seorang pemuda di Temasik akhirnya menyebabkan pergelutan antara dua kuasa dan menyebabkan penjajahan Majapahit ke atas Singapura.


"Kita juga diberitahu dalam sejarah tentang kisah Mahsuri yang dituduh berzina dengan Deramang yang menyebabkan pembunuhan ke atas Mahsuri, jadi isu-isu ini adalah berhubungan dengan politik Melayu.


"Dalam keadaan bangsa lain telah berjaya mencipta Google, Facebook, Twitter, iPad, dan sebagainya sedangkan bangsa kita pula tidak habis-habis hidup seperti apa yang dilalui oleh Hang Tuah, Sang Rajuna Tapa dan Mahsuri," jelas beliau.


Bagaimanapun menurutnya lagi, misi untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sia-sia apabila Ketua Umum PKR itu sekali lagi diangkat sebagai simbol perjuangan membela maruah diri, keluarga dan masyarakatnya.


"Perspektif dari mediasfera, isu ini akan menempatkan kembali Anwar sebagai simbol perjuangan diri, keluarga dan masyarakat di kalangan masyarakat tanahair kerana bukan mudah untuk seseorang dan sebuah keluarga menanggung penghinaan yang semacam ini, malah secara berterusan.


"Tentulah masyarakat mula melihat keperluan untuk bersekutu buat perubahan kerana masyarakat sudah tidak mampu menanggung situasi dan krisis politik yang semakin teruk dan semakin mengerikan," kata Prof Abu Hassan.


Prof Abu Hassan turut mengingatkan masyarakat Melayu negara ini yang umumnya berugama Islam dengan ayat 12, Surah Al-Hujurat akan dosa yang ditanggung daripada  berprasangka, mencari kesalahan orang lain dan perbuatan fitnah.


"Pertamanya, Allah mengeluarkan perintah yang jelas di dalam Al Quran, Surat Al Hujurat, ayat 12, yang bermaksud - Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang berbuat fitnah dan tuduhan sebahagian yang lain.


"Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Penyayang".   


kredit

Khamis, 31 Mac 2011

Pilihan raya Sarawak: 650 borang pencalonan telah dijual

KUCHING 31 Mac - Sebanyak 650 borang pencalonan bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 telah dijual sejak 25 Mac lepas sehingga 12 tengah hari ini.


Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak berkata borang-borang yang dibeli oleh bakal calon atau wakil bakal calon itu melibatkan kesemua 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pilihan raya itu yang akan diadakan pada 16 April.


"Satu set borang berharga RM20. Saya menjangkakan pembelian borang ini akan semakin rancak sehari sebelum penamaan calon pada 6 April nanti," katanyaketika dihubungi hari ini.


Sementara itu, Pengarah SPR Sarawak Datu Takun Sunggah ketika dihubungi berkata masalah borang yang tidak cukup di beberapa kawasan berlaku kerana penghantaran awal tidak melibatkan bilangan yang banyak.


"Mula-mula dulu RO (Pegawai Pengurus Pilihan Raya) nak cepat, kita beri dulu lima set (bagi setiap kawasan DUN). Tak ada masalah borang tak cukup... borang tu cukup," katanya.


Katanya SPR telah bersedia termasuk menyediakan borang yang mencukupi untuk menghadapi kemungkinan calon pilihan raya yang ramai.


"Kalau kawasan itu tak cukup borang, kita akan hantar segera. Banyak bakal calon dapatkan borang dengan RO. Kalau mereka datang ke SPR, masalah (borang tak cukup) takkan berlaku," katanya. - Bernama


kredit

Selasa, 29 Mac 2011

PKR, SNAP belum setuju pembahagian kerusi Sarawak

KUALA LUMPUR: Perbalahan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) berhubung pembahagian kerusi bagi pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini berterusan apabila kedua-dua parti dilihat membuat tuntutan bertindih untuk 23 kerusi. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, berkata sebanyak empat kerusi telah diperuntukkan kepada SNAP manakala PKR berhasrat bertanding di 24 kerusi lagi.

"Setakat ini sebanyak 24 kerusi sah akan ditandingi PKR, sementara SNAP di empat kerusi dan senarai penuh hanya akan dimuktamadkan dalam jangka masa terdekat kerana perbincangan antara dua parti masih berjalan. "Kedua-dua parti menunjukkan minat terhadap 23 kerusi, jadi kita perlu lebih memperincikan kepada calon boleh menang, penerimaan pengundi dan isu tempatan," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat majlis pimpinan pembangkang di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Mesyuarat turut dihadiri penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Pertikaian antara kedua-dua parti itu tercetus apabila PKR yang hanya mempunyai satu kerusi di Sarawak dalam penggal Dewan yang lalu, telah menuntut untuk bertanding di lebih 40 kerusi yang majoritinya juga mahu ditandingi SNAP.


Sarawak mempunyai 71 kerusi Dewan Undangan Negeri. Terdahulu, Anwar yang juga ketua pembangkang, mengesahkan DAP akan bertanding di 15 kerusi dan PAS lima kerusi. Katanya, perbincangan bagi baki (51) kerusi masih berjalan antara PKR dan SNAP di Kuching dan kelewatan itu bukanlah satu masalah kerana hari penamaan calon masih jauh dan Barisan Nasional juga belum memutuskan calon mereka.


"Kita akan umumkan keputusan penuh mengenai pembahagian kerusi di Kuching nanti, sabar," katanya. Penamaan calon ialah pada 6 April ini. - BERNAMA


kredit

Isnin, 28 Mac 2011

PM akan teliti senarai lebih satu nama untuk pilihan raya Sarawak

KLUANG: Datuk Seri Najib Razak akan meneliti lebih daripada seorang calon bagi setiap kerusi yang ditandingi untuk dipertimbangkan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang berlangsung 16 April ini. Perdana Menteri berkata, kriteria calon yang akan dipilih ialah pemimpin terbaik untuk memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

"Ya, saya akan adakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak (Tan Sri Abdul Taib Mahmud) tidak lama lagi. "Kita akan pilih calon-calon yang berpotensi dan terbaik pada masa untuk menang," katanya ketika mengulas kriteria calon yang akan ditampilkan BN pada pilihan negeri itu bulan depan. Najib ditemui selepas merasmikan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan di Kem Mahkota, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.


Ditanya adakah beliau ada rekod sendiri mengenai calon-calon yang akan dipertimbangakan, Perdana Menteri menjawab: "Itu rahsia."
Menurutnya, pada kebiasaannya senarai nama calon yang diberikan untuk dipertimbangkan lebih daripada satu nama.


Baru-baru ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapakan hadir penamanan calon Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 ditetapkan pada 6 April, manakala hari penamaan calon pada 16 April ini. - BERNAMA


Ahad, 27 Mac 2011

Taib Mahmud sahkan pertahan kerusi Balingian

MUKAH 26 Mac - Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi Balingian dalam pilihan raya negeri ke-10 akan datang.


"Anda tanya saya apakah saya akan bertanding di Balingian, ya...itulah sebab saya berada di sini hari ini untuk melawat pejabat ini," katanya ketika ditanya oleh wartawan semasa kunjungan singkatnya ke Pusat Khidmat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan Balingian di sini.


Taib berkata, parti itu akan meletakkan kira-kira 25 peratus muka baru.


Beliau berkata, Barisan Nasional (BN) negeri juga sedang dalam proses membereskan senarai calonnya.


"Setelah kami membereskannya, saya akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk pengesahan beliau, mungkin pada 1 atau 2 April," katanya. ? Bernama

Sabtu, 26 Mac 2011

BN boleh menang di Sarawak - Ku Li

GUA MUSANG 26 Mac - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yakin Barisan Nasional (BN) kekal memerintah Kerajaan Negeri Sarawak pada pilihan raya negeri itu 16 April depan.


Bagaimanapun, kata beliau, hanya untuk mendapat majoriti besar mungkin sukar berikutan penduduk kawasan bandar itu kurang memberi sokongan kepada BN disebabkan terpengaruh dengan isu pembangkang.


"BN mendapat sokongan kuat daripada penduduk luar bandar negeri itu kerana masih memerlukan banyak pembelaan daripada kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agong UMNO Cawangan Lebir di sini, hari ini.


Tengku Razaleigh berkata, pandangan awal mengenai kedudukan pilihan raya negeri Sarawak itu diperolehi daripada rakan-rakan yang sudah pergi ke sana menjelang hari penamaan calon 6 April ini.


"Saya juga mungkin akan pergi ke sana bagi membantu jentera pilihan raya negeri berkenaan dan ingin melihat sendiri kedudukan sebenar kekuatan BN," kata Ketua UMNO bahagian Gua Musang itu. - Bernama

Jumaat, 25 Mac 2011

Pas tidak kuat di Sarawak, kata Pas Kelantan

KOTA BHARU 24 Mac - Parti pembangkang, Pas hanya menumpukan sekurang-kurangnya pada tiga atau lima kawasan termasuk di Beting Maro pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April depan, kata Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan Abdul Fatah Harun.


"Pas hanya tewas kira-kira 800 undi sahaja di Beting Maro pada pilihan raya yang lalu dan Pas Kelantan menawarkan khidmat untuk membantu jentera Pas di sana.


"Pas diperuntukkan beberapa lagi kawasan di Sarawak dan kita akan bermati-matian jika diberi peluang bertanding," katanya kepada pemberita hari ini.


Beliau berkata, pilihan raya negeri itu sebenarnya banyak memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus berkuasa walaupun pihak pembangkang akan bermati-matian menentang BN. - Bernama

Rabu, 23 Mac 2011

BN Sarawak akan bergantung kepada kekuatan sendiri: Taib

KUCHING: Barisan Nasional (BN) Sarawak mesti bergantung kepada kekuatannya sendiri dan tidak mengambil kesempatan daripada kelemahan pembangkang dalam menghadapi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 16 April ini, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini.

Taib, yang juga Pengerusi BN negeri, berkata beliau sudah memberitahu gagasan BN negeri yang menguasai 63 daripada 71 kerusi DUN ketika ini supaya tidak terlalu bergantung kepada kelemahan pembangkang yang menerima satu lagi tamparan hebat berikutan kebuntuan dalam rundingan berhubung pembahagian kerusi antara Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Bergantunglah kepada kekuatan anda. Yang paling penting ialah kita (BN) mendapat kepercayaan (rakyat) dan rekod pencapaian yang baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ketua-ketua Jabatan Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia di sini. Ketua Menteri berusia 75 tahun itu, yang dipertanggungjawabkan untuk mengetuai kempen pilihan raya BN, ditanya sama ada perpecahan dalam barisan pembangkang di negeri ini, terutamanya percanggahan berhubung pembahagian kerusi akan memperkukuhkan kedudukannya dalam menghadapi pilihan raya negeri.

SNAP dan PKR kini bertelagah selepas kedua-dua parti pembangkang itu mengumumkan hasrat untuk bertanding masing-masing bagi 40 dan 52 kerusi.

Mengenai pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa pengundian akan diadakan pada 16 April, dengan penamaan calon ditetapkan pada 6 April, Taib berkata, beliau menyerahkan kepada SPR untuk menetapkan tempoh berkempen, kali ini selama 10 hari.

DUN Sarawak dibubarkan Isnin lalu untuk memberi laluan kepada pilihan raya DUN Sarawak ke-10. Penggal DUN sebelum ini berakhir pada 23 Julai.
Ditanya sama ada beliau lebih menyukai tempoh berkempen yang singkat atau lebih lama, Taib berkata, beliau tidak mahu mencampuri urusan SPR dalam perkara itu.

"Mereka (SPR) lebih mengetahui. Mereka menimbangkan dari banyak sudut," katanya.

Isnin lalu, beliau berkata, gagasan BN akan mengumumkan barisan calonnya dengan kira-kira satu perempat daripada 35 kerusi yang diagihkan kepada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), iaitu tunjang BN negeri yang beliau ketuai, dijangka menampilkan muka baru.

Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) mendapat 12 kerusi manakala Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) masing-masing lapan. - BERNAMA


16 April Pilihan Raya Sarawak

KUCHING - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 6 April sebagai tarikh penamaan calon dan 16 April sebagai tarikh pengundian bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-10.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR telahpun menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada 21 Mac lalu berhubung pembubaran DUN Sarawak.

"Dengan ini kita mengumumkan 23 Mac tarikh keluar writ iaitu hari ini, 25 Mac tarikh notis pilihan raya, 6 April hari penamaan calon, 16 April tarikh pengundian,? katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, SPR akan menggunakan daftar pemilih suku pertama, kedua, ketiga dan empat tahun 2010 yang diwartakan pada 25 Mac iaitu membabitkan seramai 979,796 pengundi iaitu 961,433 pemilih biasa dan 18,363 pemilih pos.

Katanya, pengundi boleh membuat semakan maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi mereka melalui laman web rasmi SPR, melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau menghubungi terus ke pejabat SPR. - Bernama

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger