Ahad, 27 Mac 2011

Taib Mahmud sahkan pertahan kerusi Balingian

MUKAH 26 Mac - Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi Balingian dalam pilihan raya negeri ke-10 akan datang.


"Anda tanya saya apakah saya akan bertanding di Balingian, ya...itulah sebab saya berada di sini hari ini untuk melawat pejabat ini," katanya ketika ditanya oleh wartawan semasa kunjungan singkatnya ke Pusat Khidmat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan Balingian di sini.


Taib berkata, parti itu akan meletakkan kira-kira 25 peratus muka baru.


Beliau berkata, Barisan Nasional (BN) negeri juga sedang dalam proses membereskan senarai calonnya.


"Setelah kami membereskannya, saya akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk pengesahan beliau, mungkin pada 1 atau 2 April," katanya. ? Bernama

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger