Memaparkan catatan dengan label terus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label terus. Papar semua catatan

Selasa, 29 Mac 2011

Cabar tinggal BN: MCA terus perang dengan Nazri

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Kemarahan pimpinan MCA terhadap Datuk Seri Nazri Aziz nampaknya belum berakhir walaupun Naib Presidennya, Datuk Ng Yen Yen berkata, parti tidak mencadangkan agar Nazri meletakkan jawatan. Hari ini, ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Loh Seng Kok mencadangkan agar Nazri menyertai DAP ekoran dakwaannya DAP adalah parti pelbagai kaum.


Loh yang juga Timbalan Pengerusi Biro Penerangan MCA dalam kenyataan medianya hari ini berkata, penyertaan Nazri sesuai kerana DAP masih belum mempunyai suara Melayu yang cukup. Loh menyertai rakan-rakannya dalam MCA menyerang Nazri ekoran temubual khas Nazri dengan akhbar Nanyang Siang Pau baru-baru ini.


Dalam wawancara itu, Nazri menyelar MCA yang terus-terusan menyalahkan Umno ekoran kekalahan mereka dalam pilihan raya umum 2008 lalu. Dia juga mencabar MCA tinggalkan BN jika tidak berpuashati dengan Umno daripada terus-terusan memukul Umno setiap waktu.


Nazri juga memberikan amaran kepada Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek agar jangan berlagak seumpama hero Cina yang cuba menaikkan reputasinya dengan memperlekehkan Umno. Dia juga mempermainkan Chua ekoran DVD seksnya dengan berkata, dia telah tidak diterima oleh pengundi kerana 'alat sulitnya' telah terdedah kepada umum.


"... ia telah dilihat oleh semua orang, awak fikir pengundi wanita akan sokong dia," kata Nazri dalam wawancara dengan Nanyang itu. Dalam wawancara itu juga, Nazri berkata, MIC sepatutnya menyerahkan kesemua enam kerusi DUNnya di Perak selepas kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu.


Ahli perlimen Padang Rengas, Perak itu berkata, parti kaum India itu tewas di kesemua enam kerusi yang ditandinginya di Perak dalam pilihan raya umum lalu, dan kerusi-kerusi tersebut boleh menyebabkan Perak jatuh semula ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.


kredit

Khamis, 24 Mac 2011

Tripoli terus dibom

TRIPOLI: Tembakan senjata penangkis pesawat dan beberapa letupan kedengaran di Tripoli awal hari ini ketika tindakan ketenteraan pakatan negara Barat terhadap pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, masuk hari keenam.


Wartawan melaporkan tembakan senjata penangkis pesawat itu bermula pada 0430 GMT dan disusuli letupan.

Agensi berita rasmi JANA melaporkan serangan tentera pakatan Barat di Tripoli semalam membunuh "ramai" orang awam, termasuk anggota penyelamat yang cuba mengeluarkan mangsa daripada runtuhan bangunan. - AFP

Video seks: Hisham saman Anwar jika terus kaitkan beliau

KUALA LUMPUR 23 Mac - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim jika terus mengaitkan beliau dan polis dalam video seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara, dua hari lepas.


Beliau berkata, dakwaan Anwar bahawa polis dan beliau adalah dalang di sebalik penayangan video yang membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang tersebut telah menjatuhkan maruah dan nama baik polis.


"Saya sebagai menteri yang bertanggungjawab rasa berhak untuk menjaga maruah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan jika dia (Anwar) terus mengaitkan ini (penayangan video) adalah satu konspirasi, saya akan pertimbang untuk menyaman dia. Perkara ini (saman) sedang dikaji peguam saya... ia bukan untuk saya semata-mata tetapi untuk pastikan integriti polis dilindungi. Isu sama ada ia konspirasi atau tidak bukan perkara utama tapi sama ada ia berlaku atau tidak kita akan siasat mengikut peruntukan yang ada," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini. - Bernama

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger