Memaparkan catatan dengan label beliau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label beliau. Papar semua catatan

Khamis, 22 September 2011

Program Latihan 1Malaysia

berita berita terkini
USAHA kerajaan mewujudkan program Latihan 1Malaysia menerusi Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia ternyata berjaya apabila seramai 27, 447 peserta memperoleh manfaatnya.

Program menggalakkan lebih ramai golongan pekerja menambah pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang yang dijalankan pada hujung minggu itu membabitkan pekerja sektor awam dan swasta.

Pengarah (Pengurusan Latihan) JTM, Abd Halim Ali Mohamed, berkata sehingga kini, sebanyak 2,268 program dijalankan di 29 Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM ) di seluruh negara.

Antara program ditawarkan ialah sembilan bidang latihan iaitu kimpalan, pembuatan, pengeluaran, perkhidmatan, percetakan, penyelenggaraan elektrik, elektronik, sivil serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Katanya, program juga dikendalikan di 23 Institut Latihan Perindustrian (ILP), lima Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec) dan Institut Teknikal Jepun - Malaysia (JMTI) yang terdapat di seluruh negara.

Justeru, katanya, orang ramai yang berminat diminta merujuk laman web JTM di alamat www.jtm.gov.my atau menghubungi ILJTM di seluruh negara bagi mengetahui program latihan yang masih dijalankan.

“Sebanyak RM30 juta diperuntukkan kerajaan untuk melaksanakan program Latihan 1Malaysia di bawah JTM bermula April lalu hingga hujung tahun ini. Program ini selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika pembentangan Bajet 2011, Oktober tahun lalu.

“Program ini mendapat sambutan menggalakkan kerana selain dijalankan selepas waktu kerja bermula Isnin hingga Jumaat atau Sabtu dan Ahad, peserta juga akan diberikan sijil profesional sebaik tamat latihan.

“Sijil sama dikeluarkan JTM atau pihak luar yang menjalankan kerja sama bagi sesetengah program seperti sijil Cisco Certified Network Associate (CCNA), Cisco Certified Entry Network Technician (CCENT), Certified Fiber Optic Technician (CFOT) dan Computer Technology Industry Association (CompTIA) bagi bidang rangkaian, sijil Certification Sheme For Welding Inspection Personnel (CSWIP) bagi bidang kimpalan dan Microsoft bagi bidang teknologi maklumat,” katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Abd Halim menjelaskan lima ILJTM baru yang telah siap dibina iaitu ILP Marang, Adtec Taiping, Adtec Kemaman, Adtec Jerantut dan Adtec Bintulu sedang dalam proses perolehan peralatan dan dijangka membuat pengambilan pertamanya tahun depan.

Pertambahan ILJTM ini, katanya, bakal membuka lebih banyak ruang kepada pelajar lepasan sekolah melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran seterusnya membantu kerajaan melahirkan lebih ramai golongan pekerja berkemahiran tinggi yang mampu menjana perkembangan ekonomi negara.

“Pihak industri memang mengakui bahawa pelajar lepasan ILJTM berkualiti tinggi justeru tidak hairanlah menerusi kajian yang dibuat setiap kali selesai majlis konvokesyen, lebih 73 peratus berjaya memperoleh pekerjaan dalam bidang masing-masing dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian,” katanya.

Selain itu, JTM turut menubuhkan Unit Khidmat Sokongan Pekerjaan dan Komuniti (CESS) di semua ILJTM sejak tahun lalu bagi membantu pelajar mempersiapkan diri sebelum memasuki alam pekerjaan, memberikan khidmat nasihat dan membantu graduan mendapat pekerjaan dengan lebih mudah selepas tamat pengajian.

[berita harian]

Khamis, 24 Mac 2011

Video seks: Hisham saman Anwar jika terus kaitkan beliau

KUALA LUMPUR 23 Mac - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim jika terus mengaitkan beliau dan polis dalam video seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara, dua hari lepas.


Beliau berkata, dakwaan Anwar bahawa polis dan beliau adalah dalang di sebalik penayangan video yang membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang tersebut telah menjatuhkan maruah dan nama baik polis.


"Saya sebagai menteri yang bertanggungjawab rasa berhak untuk menjaga maruah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan jika dia (Anwar) terus mengaitkan ini (penayangan video) adalah satu konspirasi, saya akan pertimbang untuk menyaman dia. Perkara ini (saman) sedang dikaji peguam saya... ia bukan untuk saya semata-mata tetapi untuk pastikan integriti polis dilindungi. Isu sama ada ia konspirasi atau tidak bukan perkara utama tapi sama ada ia berlaku atau tidak kita akan siasat mengikut peruntukan yang ada," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini. - Bernama

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger