Memaparkan catatan dengan label kereta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kereta. Papar semua catatan

Khamis, 28 April 2011

Enam terkorban nahas kereta api terbalik di Taiwan

TAIPEI: Sekurang-kurangnya enam warga China terkorban apabila sebuah kereta api terbalik di selatan kawasan pergunungan Taiwan hari ini, kata Presiden negara itu.

Pejabat Penerangan kerajaan itu berkata, kemalangan turut mengakibatkan 61 lain tercedera termasuk 23 mengalami kecederaan serius.

Bagaimanapun tidak diketahui dari mana asal mereka yang terbabit dalam kemalangan berkenaan. Presiden Ma Ying-jeou berkata, sebatang pokok besar tumbang di laluan keretapi berkenaan mengakibatkan kejadian itu. - AP

kredit

Lima terbunuh kereta api gelincir dihempap pokok

TAIPEI 28 April ? Sekurang-kurangnya lima terkorban manakala 84 penumpang terdiri daripada pelancong warga China cedera apabila kereta api yang dinaiki dihempap oleh sebatang pokok tumbang ketika melalui kawasan pergunungan di tengah Taiwan.

Menurut pegawai biro perhutanan Taipei, kereta api berkenaan ketika itu sedang melalui kawasan hutan di lereng Gunung Ali sebelum sebatang pokok tumbang lalu menghempap empat gerabak.

Sementara itu, pihak berkuasa mengesahkan jumlah kematian setakat ini seramai lima orang, manakala 84 cedera dengan 42 orang parah. ? AFP


kredit

Jumaat, 22 April 2011

Pemandu kereta sewa pakai jaket kalis peluru

NEW YORK: Pemandu kereta sewa di bandar raya ini yang sering mengelak daripada mengambil penumpang di kawasan yang terkenal dengan kegiatan jenayah, kini dilengkapi dengan jaket kalis peluru.


Persekutuan Pemandu Teksi New York mengedar baju berkenaan Isnin lalu dan pemandu berkenaan memakainya serta-merta.

Keutamaan diberikan kepada pemandu yang bekerja syif malam di kawasan yang kadar jenayahnya tinggi. Kereta sewa perlu ditempah lebih awal dan tidak mengangkut penumpang di tepi jalan, tidak seperti teksi kuning yang lebih terkenal.


Meskipun jaket berkenaan tidak dapat melindungi pemandu daripada cedera di kepala, kebanyakan serangan membabitkan tikaman pisau atau tembakan pada bahagian belakang atau sisi pemandu. - Reuters


kredit

Khamis, 24 Mac 2011

Warga emas ditemui rentung dalam kereta

BUTTERWORTH - Mayat seorang lelaki warga emas ditemui separuh rentung dalam keretanya yang terbakar di tepi jalan di Jalan Solok Tuna di sini hari ini.


Ketua Polis Derah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Azman Abd. Lah berkata mangsa Jagjit Singh, 70, dipercayai keluar minum bersama empat rakannya sebelum kejadian itu.


"Punca kematian belum diketahui kerana polis sedang menunggu hasil siasatan bomba," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Beliau berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat. - Bernama

Peniaga terbunuh, rakan parah kereta masuk gaung

KAMPAR 23 Mac - Seorang peniaga terbunuh manakala rakannya cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam satu kemalangan di Km 306.7 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gua Tempurung dekat sini hari ini.


Ketua Polis Daerah Kampar, Supt. Abdul Aziz Salleh berkata Thai Keen Chong, 33, yang berasal dari Malim Nawar, Kampar, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.


Beliau berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 12.15 tengah hari apabila kereta Toyota yang dipandu Thai dalam perjalanan dari Kampar ke Ipoh itu dikatakan gagal dikawal lalu terbabas ke kiri jalan sebelum tercampak ke dalam gaung sedalam tujuh meter.


Beliau yang dihubungi di sini hari ini berkata mayat Thai dihantar ke Hospital Kampar untuk dibedah siasat, manakala rakan Thai, Goh Soon Fook, 35, dari Ipoh yang mengalami kecederaan parah di kepala, sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun.


Beliau berkata, akibat kejadian itu, kedua-dua ahli perniagaan itu tersepit dalam kereta berkenaan, dan anggota bomba terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan mereka. - Bernama

Mayat warga emas ditemui separuh rentung dalam kereta

BUTTERWORTH: Mayat seorang lelaki warga emas ditemui separuh rentung dalam keretanya yang terbakar di tepi jalan di Jalan Solok Tuna di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd Lah, berkata mangsa Jagjit Singh, 70, dipercayai keluar minum bersama empat rakannya sebelum kejadian itu.

"Punca kematian belum diketahui kerana polis sedang menunggu hasil siasatan bomba," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Beliau berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

Sementara itu, Khaw Kee Leong, 42, pemilik kedai makan yang dikunjungi lelaki itu sebelum kejadian pada jam 12.30 tengah hari itu berkata, beliau dimaklumkan oleh pekerjanya bahawa ada sebuah kereta sedang terbakar.

"Saya ambil alat pemadam api bagi membantu memadamkan kebakaran dan semasa memadamkan api baru saya perasan ada orang dalam kereta itu.

"Lelaki itu kelihatan lemah. Jam 8 pagi tadi dia (mangsa) singgah di kedai saya untuk minum bersama empat rakannya," katanya.
Anak saudara lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Dave berkata, bapa saudaranya itu sudah lama tinggal seorang diri di sini kerana isteri dan anaknya menetap di Singapura.

"Dia tidak mempunyai pekerjaan dan pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan," katanya. - BERNAMA


 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger