Memaparkan catatan dengan label terbunuh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label terbunuh. Papar semua catatan

Khamis, 28 April 2011

Lima terbunuh kereta api gelincir dihempap pokok

TAIPEI 28 April ? Sekurang-kurangnya lima terkorban manakala 84 penumpang terdiri daripada pelancong warga China cedera apabila kereta api yang dinaiki dihempap oleh sebatang pokok tumbang ketika melalui kawasan pergunungan di tengah Taiwan.

Menurut pegawai biro perhutanan Taipei, kereta api berkenaan ketika itu sedang melalui kawasan hutan di lereng Gunung Ali sebelum sebatang pokok tumbang lalu menghempap empat gerabak.

Sementara itu, pihak berkuasa mengesahkan jumlah kematian setakat ini seramai lima orang, manakala 84 cedera dengan 42 orang parah. ? AFP


kredit

Sabtu, 26 Mac 2011

17 terbunuh demonstrasi di Syria dicemari tembakan

DAMASCUS 26 Mac - Seramai 17 orang terbunuh apabila demonstrasi yang diadakan di Daraa dicemari adegan tembakan, kata seorang aktivis hak kemanusiaan.


"Kesemua mereka terbunuh kerana ditembak ketika sedang berarak dari kampung Sanamen ke Daraa," ujarnya.


Ujarnya, pasukan keselamatan turut menembak ke arah pembantah yang berkumpul di Daraa, hari ini. - AFP

Khamis, 24 Mac 2011

Peniaga terbunuh, rakan parah kereta masuk gaung

KAMPAR 23 Mac - Seorang peniaga terbunuh manakala rakannya cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam satu kemalangan di Km 306.7 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gua Tempurung dekat sini hari ini.


Ketua Polis Daerah Kampar, Supt. Abdul Aziz Salleh berkata Thai Keen Chong, 33, yang berasal dari Malim Nawar, Kampar, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.


Beliau berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 12.15 tengah hari apabila kereta Toyota yang dipandu Thai dalam perjalanan dari Kampar ke Ipoh itu dikatakan gagal dikawal lalu terbabas ke kiri jalan sebelum tercampak ke dalam gaung sedalam tujuh meter.


Beliau yang dihubungi di sini hari ini berkata mayat Thai dihantar ke Hospital Kampar untuk dibedah siasat, manakala rakan Thai, Goh Soon Fook, 35, dari Ipoh yang mengalami kecederaan parah di kepala, sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun.


Beliau berkata, akibat kejadian itu, kedua-dua ahli perniagaan itu tersepit dalam kereta berkenaan, dan anggota bomba terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan mereka. - Bernama

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger