Memaparkan catatan dengan label Kebangsaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kebangsaan. Papar semua catatan

Isnin, 28 Mac 2011

ATM dominasi kejohanan angkat berat kebangsaan

BANGI 27 Mac - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kekal mendominasi pingat emas sepanjang kejohanan sebelum menutup tirai Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Sirkit 1, 2011 yang diadakan di Kompleks Sukan Bangi hari ini.

Bagaimanapun tiada rekod kebangsaan mampu dicatatkan pada kejohanan hari ini.

Acara terakhir hari ini menyaksikan, ATM memperoleh 11 lagi pingat emas dalam empat kategori yang disumbangkan menerusi atlet lelakinya, Mohd Hafiz Ab Halim yang menyumbang tiga pingat emas, Muhammad Zafril Zulkifli (3 emas), Abdul Azim Najmi Abdul Rashid (3 emas) dan Muhammad Yudzaimie Mohd Yunus (2 emas) masing-masing dalam kategori berbeza dengan membuat jurang pingat yang besar untuk menjadikan jumlah keseluruhan 19 emas.

Kedudukan pingat ini diikuti oleh Pahang dan Johor yang jauh ketinggalan di belakang ATM dengan masing-masing membawa pulang dua pingat emas sementara Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu pula masing-masing dengan kedudukan satu pingat emas.

Namun tujuh lagi negeri iaitu, Kelantan, Sabah, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Labuan gagal merangkul sebarang pingat emas sepanjang empat hari kejohanan ini berlangsung. - Bernama


kredit

Rabu, 23 Mac 2011

FAM bubar skuad wanita kebangsaan: Azzudin

PERSEPSI negatif terhadap sukan bola sepak wanita perlu dikikis jika mahu melihat sukan terbabit menjadi antara penyumbang kejayaan kepada sesebuah negara.

Itu nasihat bekas pemain dan jurulatih pasukan wanita kebangsaan Jerman, Monika Staab yang berada di ibu negara sepanjang minggu ini bagi menjayakan Kursus dan Festival Bola Sepak Wanita Peringkat Akar Umbi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)-FIFA.

“Masih ramai yang mempunyai tanggapan wanita perlu tinggal di rumah dan melahirkan anak,” kata Staab dalam sidang akhbar di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil - lokasi untuk acara anjuran badan induk bola sepak dunia itu sehingga Sabtu ini. “Bagi saya itu tanggapan lapuk yang perlu dikikis jika ingin melihat sukan ini maju dan berkembang di seluruh dunia. Memang bola sepak wanita kekurangan dana dan promosi berbanding bola sepak lelaki, tetapi ia sedang menuju ke arah yang sama.

“Saya harap dengan adanya program sebegini, minat rakyat Malaysia terhadap bola sepak wanita terus bercambah, terutama di peringkat akar umbi sekali gus usaha FAM membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang mantap pada masa depan.”

Hadir sama pada sidang akhbar berkenaan, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, yang turut bersimpati dengan nasib pasukan kebangsaan wanita ketika menyertai Sukan SEA dua tahun lalu. “Kita terpaksa mengambil langkah membubarkan pasukan kebangsaan dan kembali ke peringkat akar umbi,” kata Azzuddin.

“Program pembangunan ini mungkin akan mengambil masa beberapa tahun, saya tidak dapat nyatakan secara tepat, tetapi inilah jalan penyelesaian terbaik untuk memastikan skuad wanita kebangsaan bukan lagi pasukan belasahan.”
Sementara itu, bekas kapten pasukan kebangsaan, Angela Kais, 31, kecewa kerana peluangk menyarung jersi kebangsaan sudah tertutup. “Mungkin dengan menjadi jurulatih kepada generasi muda, dapat mengubat kekecewaan kami bekas pemain-pemain,” katanya.


Isnin, 21 Mac 2011

Adiq Hussainie juarai Sirkit 2 GP Kebangsaan

KUALA LUMPUR ? Pelumba negara, Mohd Adiq Hussainie Othman mencuri tumpuan apabila muncul juara kategori lelaki terbuka pada Kejohanan Lumba Basikal Grand Prix (GP) Kebangsaan Sirkit 2 di sini hari ini.

Adiq Hussainie, yang mewakili pasukan Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG), mencatatkan masa tiga jam 16 minit 14 saat pada perlumbaan 10 pusingan melibatkan jarak 135km.

Katanya, perlumbaan itu, yang bermula dan berakhir di hadapan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini, amat mencabar kerana faktor angin kuat di samping membantunya mempersiapakan diri bagi menghadapi Kejohanan Jelajah Thailand (1-6 April) dan Jelajah Korea dari 15 hingga 24 April ini.

Sementara itu, bagi kategori wanita terbuka, pelumba Selangor, Nurul Ahmar Badeuzamani, muncul juara dengan mencatatkan masa 1?37.24s, mengetepikan dua pelumba Kedah, Mardiana Mohd Radzi dan Masziyaton Mohd Radzi yang menduduki tempat kedua dan ketiga dengan catatan masa yang sama. ? Bernama

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger