Isnin, 28 Mac 2011

ATM dominasi kejohanan angkat berat kebangsaan

BANGI 27 Mac - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kekal mendominasi pingat emas sepanjang kejohanan sebelum menutup tirai Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Sirkit 1, 2011 yang diadakan di Kompleks Sukan Bangi hari ini.

Bagaimanapun tiada rekod kebangsaan mampu dicatatkan pada kejohanan hari ini.

Acara terakhir hari ini menyaksikan, ATM memperoleh 11 lagi pingat emas dalam empat kategori yang disumbangkan menerusi atlet lelakinya, Mohd Hafiz Ab Halim yang menyumbang tiga pingat emas, Muhammad Zafril Zulkifli (3 emas), Abdul Azim Najmi Abdul Rashid (3 emas) dan Muhammad Yudzaimie Mohd Yunus (2 emas) masing-masing dalam kategori berbeza dengan membuat jurang pingat yang besar untuk menjadikan jumlah keseluruhan 19 emas.

Kedudukan pingat ini diikuti oleh Pahang dan Johor yang jauh ketinggalan di belakang ATM dengan masing-masing membawa pulang dua pingat emas sementara Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu pula masing-masing dengan kedudukan satu pingat emas.

Namun tujuh lagi negeri iaitu, Kelantan, Sabah, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Labuan gagal merangkul sebarang pingat emas sepanjang empat hari kejohanan ini berlangsung. - Bernama


kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger