Memaparkan catatan dengan label Datuk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Datuk. Papar semua catatan

Rabu, 30 Mac 2011

PKR bantah 'Datuk T' dilindungi undang-undang

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Ahli-ahli Parlimen PKR mendesak kerajaan supaya tidak memberikan perlindungan kepada trio ‘Datuk T’ yang menjadi dalang dalam tayangan video lucah palsu yang cuba mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof seperti dilapor KeadilanDaily berkata, perlindungan kepada individu berkenaan sebenarnya cuba menjadikan Anwar sebagai tertuduh sedangkan beliau sebenarnya adalah mangsa.


“Apabila perlindungan diberi kepada trio ‘Datuk T’, ia menjadikan Anwar sebagai suspek,” kata Yusmadi yang juga pengamal undang-undang.


Yusmadi turut merujuk jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Kong pada 20 April tahun lalu yang menyatakan bahawa saksi yang sudah melakukan pendedahan kepada media, tidak layak mendapat perlindungan di bawah Akta Perlindungan Saksi.


Justeru, katanya, berdasarkan prinsip yang sama, individu berkenaan, yang terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah, tidak layak mendapat perlindungan sebagai saksi. Menurutnya lagi, kenyataan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohammed Nazri Abdul Aziz, bahawa individu berkenaan boleh dilindungi di bawah Akta Pemberi Maklumat, mengelirukan dan bertentangan dengan undang-undang.


Malah, kata Yusmadi lagi, selain perlu didakwa di bawah Seksyen 292 kanun Keseksaan Jenayah kerana melakukan tayangan serta pengedaran video lucah, mereka juga perlu didakwa kerana melakukan ugutan jenayah (criminal intimidation). Turut menyertai Yusmadi pada sidang media itu adalah Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; Ahli Parlimen Merbok, Rashid Din; dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani.


kredit

Khamis, 24 Mac 2011

Video seks: Misteri ‘Datuk T’ terjawab

KUALA LUMPUR - Misteri di sebalik "Datuk T" yang mengemparkan negara dengan pendedahan sebuah klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang, terjawab hari ini.


Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan, mengaku bahawa beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara dua hari lepas. Pendedahan itu dibuat pada satu sidang media bersama bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik di sebuah hotel di sini petang ini.


Shazryl juga mendedahkan bahawa "Datuk T" sebenarnya bermakna "trio" iaitu beliau sendiri, Rahim dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim, yang tidak hadir pada persidangan akhbar itu. Shazryl dan Rahim mengulangi pendirian "Datuk T" bahawa mereka mahu sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan kesahihan video tersebut untuk membuktikan pelaku seks dalam rakaman itu adalah seorang pemimpin pembangkang. - Bernama

Jangan kaitkan Datuk T dengan UMNO: Nazri

KUALA LUMPUR: Kumpulan Datuk T, yang memiliki video seks yang didakwa membabitkan pemimpin pembangkang, tidak ada kaitan dengan UMNO, kata anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Beliau berkata, ini kerana tiga individu berkenaan bertindak atas kapasiti mereka sendiri dan langsung tiada kaitan dengan UMNO.

"Sebagai sebuah parti yang mempunyai tiga juta keahlian, jika ada salah seorang yang mempunyai niat dan motif tertentu, tiada apa yang boleh kita lakukan. "Perlu faham (bahawa) mereka buat semua itu atas (kapasiti) individu, jadi jangan kaitkan mereka ini dengan UMNO," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Parlimen di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Eskay Shazryl Abdullah dan Bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim yang mengakui bahawa mereka adalah Datuk T atau "trio". - BERNAMA


Rahim Thamby Chik, Shazryl Eskay, Shuib adalah 'Datuk T'

PETALING JAYA: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, mengakui beliau bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, adalah tiga orang di sebalik pendedahan video seks mengaitkan seorang pemimpin kanan pembangkang.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar di sini sebentar tadi bagi menjelaskan persoalan berkenaan "Datuk T" dan rakaman video yang didedahkan kelmarin.

Beliau berkata, "Datuk T" adalah nama samaran bagi ketiga-tiga mereka. Serentak itu, beliau mahu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang turut dianggotai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan wakil media.

Diminta mengulas lelaki dalam rakaman video itu, beliau enggan menyebut nama tetapi memberi bayangan bahawa "lelaki itu mungkin menjadi PM".


 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger