Khamis, 24 Mac 2011

Jangan kaitkan Datuk T dengan UMNO: Nazri

KUALA LUMPUR: Kumpulan Datuk T, yang memiliki video seks yang didakwa membabitkan pemimpin pembangkang, tidak ada kaitan dengan UMNO, kata anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Beliau berkata, ini kerana tiga individu berkenaan bertindak atas kapasiti mereka sendiri dan langsung tiada kaitan dengan UMNO.

"Sebagai sebuah parti yang mempunyai tiga juta keahlian, jika ada salah seorang yang mempunyai niat dan motif tertentu, tiada apa yang boleh kita lakukan. "Perlu faham (bahawa) mereka buat semua itu atas (kapasiti) individu, jadi jangan kaitkan mereka ini dengan UMNO," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Parlimen di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Eskay Shazryl Abdullah dan Bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim yang mengakui bahawa mereka adalah Datuk T atau "trio". - BERNAMA


 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger