Khamis, 24 Mac 2011

Rahim Thamby Chik, Shazryl Eskay, Shuib adalah 'Datuk T'

PETALING JAYA: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, mengakui beliau bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, adalah tiga orang di sebalik pendedahan video seks mengaitkan seorang pemimpin kanan pembangkang.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar di sini sebentar tadi bagi menjelaskan persoalan berkenaan "Datuk T" dan rakaman video yang didedahkan kelmarin.

Beliau berkata, "Datuk T" adalah nama samaran bagi ketiga-tiga mereka. Serentak itu, beliau mahu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang turut dianggotai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan wakil media.

Diminta mengulas lelaki dalam rakaman video itu, beliau enggan menyebut nama tetapi memberi bayangan bahawa "lelaki itu mungkin menjadi PM".


 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger