Ahad, 3 April 2011

NGO Jepun puji bantuan kemanusiaan Malaysia

SENDAI, Jepun 2 April - Badan-badan bukan kerajaan (NGO) Jepun memuji langkah Malaysia melalui Kelab Putera 1Malaysia yang turut serta menghulur bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun.


Kelab Putera 1Malaysia bersama-sama Nippon Foundation dan Japanese International Food for the Hungry menyampaikan bantuan makanan dan keperluan asas kepada penduduk di bandar berhampiran Lautan Pasifik ini.


Pegawai Perhubungan Maklumat kepada Japanese International Food for the Hungry, Timoki Yoshida berkata, usaha murni Malaysia ini perlu diteruskan walaupun terdapat perbezaan budaya dan masalah komunikasi.


"Setiap manusia saling memerlukan dan apa yang telah dilakukan pihak kamu sangat kami hargai. Mangsa bencana pasti terharu dengan pemberian makanan dan usaha ini patut diteruskan melalui kerjasama dan saling bertukar maklumat antara kedua pihak," katanya kepada wakil media Malaysia yang turut menyertai misi bantuan Kelab Putera 1Malaysia. - Bernama


kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger