Ahad, 3 April 2011

Enggan pakai cincin kahwin

WILLIAM dan Kate akan berkahwin akhir bulan ini.
WILLIAM dan Kate akan berkahwin akhir bulan ini.

LONDON: Putera William akan meninggalkan zaman bujangnya apabila berkahwin tetapi pegawai istana memberitahu, semalam bahawa putera itu tidak akan memakai cincin perkahwinan.

Tunangnya, Kate Middleton merancang memakai cincin kahwin dibuat daripada emas Wales, amalan tradisi keluarga diraja yang diamalkan sejak 90 tahun lalu selepas pasangan itu berkahwin pada akhir bulan ini di Westminster Abbey. Jurucakap William berkata, keputusan itu dibuat atas permintaan peribadi pasangan berkenaan. Menurutnya, maklumat lanjut mengenai rekaan cincin Kate dan sumber asal emas Wales yang digunakan akan diumumkan sebelum perkahwinan berlangsung.


Emas Wales yang bernilai kerana kualiti dan sukar didapati digunakan dalam perkahwinan diraja sejak 1923 dan dipakai Ratu Elizabeth II serta Puteri Diana. Secara tradisi emas daripada ketulan dari lombong emas Clogau digunakan tetapi lombong itu sudah ditutup dan hanya galian perak yang masih ada.

Bagaimanapun, kerajaan British memberikan baginda ratu sebahagian kecil emas Wales pada 1980-an untuk dijadikan sebagai cincin kahwin dan mungkin emas itu yang digunakan. Perkahwinan Putera Charles dan Camilla pada 2005 juga menggunakan sumber emas berkenaan. - AP


kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger