Ahad, 3 April 2011

Hatrik Rooney bawa tuah United

LONDON: Wayne Rooney mencipta hatrik bagi membolehkan Manchester United bangkit daripada ketinggalan menewaskan West Ham 4-2 pada saingan Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.

West Ham mendahului 2-0 ke atas pasukan pelawat itu pada separuh masa pertama menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Carlton Cole pada minit ke-10.

Mark Noble kemudian menyudahkan penalti kedua West Ham sebelum United menggandakan asakan sebaik masa kedua bermula. Rooney meledak gol pertama menerusi sepakan percuma diikuti gol penyamaan menerusi sepakan mengelirukan sebelum menyudahkan sepakan penalti selang lima minit.

Javier Hernandez memberi gol keempat United bagi memastikan mereka pulang dengan tiga mata penuh.

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger