Jumaat, 22 April 2011

Kejutan Chong Wei

ANDAI berpandu kepada kata-kata yang terbit daripada mulut, Lee Chong Wei semalam, jaguh badminton negara itu seperti tidak memerlukan lagi ‘sentuhan emas’ Datuk Misbun Sidek.

Pemain nombor satu dunia itu yang dibimbing Tey Seu Bock sepanjang ketiadaan Misbun menegaskan dia tidak kisah sama ada dibimbing oleh mentornya itu atau tidak dalam membuat persiapan memburu kemasyhuran memenangi pingat emas Sukan Olimpik 2012. Chong Wei yang berjaya mempertahankan kejuaraan Seluruh England, bulan lalu menyifatkan dia kini ‘mampu menjaga diri sendiri dan memperbaiki kelemahan.’

“Ia terbukti apabila saya mengekalkan kejuaraan dalam tiga kejohanan setakat ini.


Saya tidak boleh mengharapkan kepada satu jurulatih saja kerana perlu menjalankan tanggungjawab yang berat termasuk, berlatih bersungguh-sungguh,” katanya selepas majlis amal ‘Hope & Smile’ di Dewan Tunku Geodesi Dome, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) bagi mengumpul sekurang-kurangnya RM1 juta untuk disalurkan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun.


Misbun membuat pusingan-U, kelmarin apabila memutuskan untuk kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas meletak jawatan secara mengejut pada 31 Disember 2010.


kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger