Jumaat, 22 April 2011

Jentera Lotus 'pukau' Putrajaya

“IA adalah satu demonstrasi menarik, menghiburkan dan saya amat gembira dengannya,” kata pemandu Formula Satu (F1) pasukan Team Lotus, Heikki Kovalainen.

Pemandu berusia 29 tahun dari Finland itu memperagakan kehebatan jentera Lotus T128 di Putrajaya, semalam dalam rangka promosi pasukan itu menjelang Grand Prix Malaysia 2011, minggu depan. “Selepas ini, saya akan bersedia untuk cabaran Sepang nanti membuktikan pasukan sentiasa meningkat. Kami hadir ke Malaysia dengan beberapa data baru dari perlumbaan di Australia yang akan banyak membantu kami nanti. katanya”.

Sementara itu, prinsipal pasukan, Datuk Seri Tony Fernandes berkata: “Kami baru saja berusia 18 bulan dan sasaran saya masih masih sama. Kami semakin hampir di kedudukan kesembilan atau kelapan ketika ini dan saya serta pelumba amat gembira dengan keadaan jentera tahun ini.”


Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang hadir pada majlis berkenaan berkata kegiatan promosi seperti yang dilakukan Team Lotus bersama SIC di Putrajaya memberi peluang buat peminat tempatan melihat secara dekat perlumbaan sukan paling berprestij itu.


Dalam perkembangan sama,Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Mokhzani Mahathir, berkata sasaran melihat kehadiran penonton kembali mencecah lebih 100,000 bagi menyaksikan perlumbaan GP Malaysia bakal terlaksana andai berdasarkan peratusan jualan tiket semasa.


“Saya difahamkan tiket pada hari perlumbaan iaitu pada hari Ahad sudah pun melebihi 50,000 dan saya jangka, pada hari-hari terakhir nanti, jualan itu akan terus meningkat,” kata Mokhzani yang ditemui di Putrajaya, semalam.



kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger