Sabtu, 26 Mac 2011

Program SKSJ untuk golongan muda - JPJ

ALOR SETAR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merancang untuk mengadakan program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) bagi golongan muda yang tidak berkemampuan khususnya pelajar sekolah yang cukup umur untuk mendapatkan lesen motosikal kelas B2.


Pengarah Bahagian Korporat dan Penyelidikan JPJ, Zairi Mat Ali berkata, permintaan daripada golongan itu bagi mendapatkan lesen sudah ada dan pihaknya masih membuat kajian tentang perkara itu.


"Kajian ini memakan masa yang lama sebab kita nak libatkan institut memandu dan juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah untuk melaksanakan program itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Program SKSJ Parlimen Kuala Kedah di sini hari ini.


Beliau berkata, ketika ini program SKSJ hanya bagi warga emas di mana JPJ akan menguruskannya 100 peratus, tetapi untuk program kepada golongan muda, JPJ perlu mendapatkan kerjasama institut memandu dan PIBG sekolah. - Bernama

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger