Sabtu, 26 Mac 2011

Vettel kuasai petak utama GP Australia esok

MELBOURNE: Pemandu Jerman, Sebastian Vettel akan memulakan perlumbaan Grand Prix Australia di petak utama selepas mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan sebentar tadi.

Vettel mencatat masa 1 minit, 23.529 saat, lebih pantas mengatasi catatan kedua terpantas oleh pencabar utama, Lewis Hamilton yang memandu McLaren.

Pemandu Red Bull, Mark Webber yang juga rakan sepasukan Vettel akan bermula dari petak ketiga di hadapan penonton tempatan manakala Jenson Button dari McLaren keempat dalam usaha mencatat kemenangan ketiga berturut-turut di Melbourne. Pemandu Ferrari, Fernando Alonso kelima manakala pemandu Mercedes, Michael Schumacher di tempat ke-11. - AP
 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger