Isnin, 21 Mac 2011

Nicol pertahan kejuaraan Terbuka KL untuk kali ketujuh

KUALA LUMPUR 20 Mac ? Datuk Nicol Ann David berjaya mempertahankan reputasinya sebagai pemain nombor satu dunia apabila merangkul kejuaraan Terbuka Kuala Lumpur bagi kali ketujuh di sini hari ini.

Ratu skuasy negara itu hanya mengambil masa 34 minit untuk mengatasi pemain Ireland, Madeline Perry, pada perlawanan akhir di gelanggang kaca di Berjaya Times Square di sini.

Nicol sebelum ini mengungguli kejuaraan tersebut sebanyak enam kali pada 2000, 2002, 2005, 2007, 2008 dan 2010.

"Saya tahu perlawanan akhir tetap sukar. Saya pernah kalah sekali kepada Madeline dan tidak mahu keyakinan dia menguasai perlawanan.

?Saya perlu bekerja keras untuk menafikan rentak perlawanan dia,? kata Nicol, selaku pilihan utama kejohanan itu.

Sementara itu, dalam acara lelaki, pilihan utama Karim Darwisy dari Mesir merangkul gelaran pertama musim 2011 apabila menewaskan rakan senegara, Mohamed El Shorbagy 11-9, 11-9, 11-3 dalam masa 52 minit. ? Bernama

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger