Isnin, 21 Mac 2011

Gol penalti kontroversi Liverpool

LONDON, Mac 20 - Dirk Kuyt menjaringkan gol penalti kontroversi untuk Liverpool mendahului sebelum memperoleh kemenangan mutlak 2-0 menewaskan 10 pemain Sunderland dalam saingan Liga Perdana malam tadi.

Kemenangan perlawanan tersebut menggembirakan pengurus pasukan itu, Kenny Dalglish yang berkunjung di Stadium of Light malah gol pertama yang diperolehi pada minit ke-33 seakan penuh dengan kontroversi apabila pengadil memberikan penalti walaupun pemain Sunderland John Mensah dilihat menerjah pemain Liverpool di luar kotak penalti.

Selepas gol tersebut pertahanan tuan rumah Sunderland terus diasak oleh jentera serangan Liverpool melalui dua percubaan tepat penyerang Liverpool, Andrew Carroll dan Luis Su?rez ketika perlawanan menghampiri 45 minit pertama.

Permulaan babak kedua menyaksikan skuad bimbingan Steve Bruce tidak berupaya membalas serangan yang dilakukan sehingga mengakibatkan Suarez berupaya menjaringkan gol pada minit ke-77.

Lima minit selepas itu, derita terus menghimpit Sunderland apabila pemain pertahanannya Mensah dilayangkan kad merah sekali gus menyebabkan pasukan itu tidak berupaya untuk melakukan serangan balas selain terpaksa banyak bertahan sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan itu juga membolehkan Reds berada di landasan untuk memburu tempat keempat terbaik Liga Perdana musim ini.

Ketika ini Liverpool berjaya mengutip 45 mata melalui 30 perlawanan yang telah berlangsung dan selepas ini skuad bimbingan Dalglish bakal berhadapan Arsenal pada 17 April depan. - AFP

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger