Isnin, 21 Mac 2011

Chelsea tundukkan City untuk tempat ketiga

LONDON, Mac. 20 - Tandukan oleh David Luiz pada minit ke-78 dan gol lewat melalui rembatan kencang Ramires memberikan kemenangan 2-0 kepada Chelsea sewaktu menentang Manchester City dalam perlawanan Liga Perdana awal pagi tadi.

Pada perlawanan tersebut Chelsea terpaksa bekerja keras sebelum Luiz memecah kebuntuan untuk gol pertama skuad The Blues.

Selepas gol pertama Ramires menambah derita City untuk gol kedua ketika perlawanan dianjak ke masa tambahan.

Kemenangan Chelsea itu membolehkan pasukan itu mengumpul 54 mata untuk berada di tangga ketiga liga dan sembilan mata kurang daripada pendahulu Manchester United. - Reuters

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger