Isnin, 21 Mac 2011

Sukan main peranan penting dalam pembinaan negara

KUALA LUMPUR 20 Mac ? Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sukan memainkan peranan sangat penting sebagai penghubung dalam menjalin hubungan antara pelbagai etnik, budaya, bangsa dan agama yang membentuk sebuah masyarakat yang bertenaga dalam pembinaan negara.

Perdana Menteri berkata, sukan juga bertindak sebagai sebahagian daripada proses mencari sahabat di kalangan asing.

Sebagai seorang yang mempercayai kuasa transformasi dalam sukan, katanya, beliau komited untuk membina budaya sukan di Malaysia bermula dari akar umbi sehingga ke peringkat elit.

"Saya komited bukan hanya untuk mencapai kecemerlangan kesukanan nasional tetapi memastikan sukan kekal sebagai sebahagian daripada kehidupan semua rakyat Malaysia, sebab itu saya menubuhkan sebuah jawatankuasa peringkat kabinet membabitkan 10 kementerian berlainan dan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Jawatankuasa itu kini menumpukan mengenai lapan sukan teras ? bola sepak, hoki, badminton, skuasy, boling, gimnastik, akuatik dan atletik, dan saya ingin menyatakan bahawa setakat ini ia nampak membuahkan hasil,? katanya selepas menerima Anugerah Plak Kehormatan daripada Persekutuan Sukan Perubatan Antarabangsa (FIMS) di sini. ? Bernama

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger