Jumaat, 25 Mac 2011

DiGi-Opera Mini platform pelayaran lebih pantas

DIGI Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) menyasar untuk operator Malaysia pertama menyediakan pelayaran lebih baik kepada pengguna bukan telefon pintar apabila mendapat kerjasama dengan pemaju perisian pelayar web utama dunia, Opera Software untuk memperkenalkan jenama bersama DiGi-Opera Mini.


Ketua Internet Mudah Alih dan Perkhidmatan Data Canggih DiGi, Praveen Rajan berkata, lebih 90 peratus daripada pemilik telefon mudah alih di Malaysia ialah pengguna bukan telefon pintar dan mereka berhak menikmati pengalaman melayari mudah alih sepenuhnya.

“Perisian pelayar web itu juga akan membantu pelanggan mengurangkan bil Internet berbanding menggunakan platform pelayaran lain,” katanya selepas pelancaran browser DiGi-Opera Mini, di Petaling Jaya, Selangor semalam.


Beliau berkata, DiGi mempunyai lebih 4.2 juta pengguna Internet bagi skrin kecil seperti telefon bimbit dan besar termasuk komputer notebook dengan menjangkakan permintaan meningkat apabila lebih banyak peranti atau pelan data menjadi semakin mampu dimiliki.


Sementara itu, Pengarah Pemasaran/Pengurusan Opera Software Sean D’Arcy, berkata pelanggan yang memiliki telefon mewah masih boleh mendapat faedah daripada teknologi cache dan pemampatan Opera Mini yang menawarkan pengalaman pelayaran lebih pantas serta masa menunggu minimum. Beliau berkata, ketika ini, terdapat lebih 170 juta pengguna perisian itu di seluruh dunia dan perisian pelayar web DiGi-Opera Mini boleh dipindah turun secara terus kepada telefon mereka daripada http://m.opera.com dari 23 Mac hingga 31 Mei 2011 secara percuma.

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger