Memaparkan catatan dengan label terbaik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label terbaik. Papar semua catatan

Isnin, 28 Mac 2011

Vettel terbaik

pix_gal0
Jagoan Jerman laung amaran awal selepas juarai GP Australia

MELBOURNE: Juara dunia, Sebastian Vettel melaung amaran buat pesaingnya menerusi kemenangan mutlak bersama jentera Red Bull pada perlumbaan pembuka tirai musim, Grand Prix Australia di Melbourne semalam.

Pemandu Jerman itu yang muncul juara dunia termuda pada usia 23, tahun lalu, mendahului pemandu lain sepanjang perlumbaan di litar jalan raya Albert Park, meninggalkan juara dunia 2008, Lewis Hamilton dari McLaren di tempat kedua dengan jarak melebihi 22 saat, dan pemandu Russia, Vitaly Petrov dari Lotus Renault ketiga. Vettel bagaimanapun menafikan tanggapan yang juara pengeluar tahun lalu, Red Bull akan sekali lagi mendominasi musim 2011. “Saya tidak suka perkataan dominasi di peringkat ini,” kata Vettel. “Perjalanan masih jauh dan kami perlu berpijak di bumi nyata.

“Perlumbaan hari ini (semalam) baik, jelas kami meraih banyak mata penting untuk bekalan musim ini. Kami boleh bergembira buat masa ini, tetapi tahun ini masih panjang dan macam-macam boleh berlaku.” Ini adalah kemenangan ke-11 Vettel dalam perlumbaan ke-63 kerjayanya, kesinambungan terbaik selepas kejuaraan pada perlumbaan terak-hir di Abu Dhabi, musim lalu.



kredit

Sabtu, 26 Mac 2011

Pelajar SPM terbaik diiktiraf, wajar dapat bantuan: PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengiktiraf bahawa semua pelajaryang mencapai keputusan terbaik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) wajar mendapat bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, inilah sebabnya mengapa semakin banyak agensi kerajaan dan sektor swasta tampil menyediakan biasiswa dan geran.

"Tahun lalu saya mengumumkan kerajaan akan menyediakan biasiswa kepada semua pelajar yang mendapat 9A+ atau lebih, tidak kira etnik atau kepercayaan mereka. "Pada masa sama pelajar lain sewajarnya, yang keadaan sosio-ekonomi mereka mungkin menjejas keputusan SPM akan juga diberi bantuan.

"Saya sendiri sudah menyerahkan geran kewangan kepada lebih 300 pelajar cemerlang SPM dan STPM 2009, disediakan oleh 1MDB, agar mereka dapat mencapai masa depan yang lebih cerah," katanya dalam blognya 1Malaysia, hari ini. Perdana Menteri menjawab komen daripada seorang daripada pengikutnya di Facebook, Keith Ng mengenai apa yang dapat disediakan kerajaan untuk pelajar cemerlang.


Bagaimanapun, Najib menarik perhatian bahawa ketika negara menunju kepada status negara maju, corak ekonomi makin pelbagai dan meningkat, dengan itu memerlukan modal insan yang memiliki kemahiran dan pengetahuan yang pelbagai. Beliau berkata, ini bererti agensi dan sektor swasta yang mengeluarkan biasiswa perlu mengambil ingatan untuk melakukan pelaburan akademik yang akan menghasilkan faedah menjangkau lebih dari sepuluh tahun akan datang.


Najib juga mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang mendapat keputusan baik dalam SPM lepas dan berkata tahun ini adalah keputusan terbaik yang dicapai dalam tempoh empat tahun lalu dengan 9,239 pelajar mencapai A seluruhnya. - BERNAMA


 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger