Memaparkan catatan dengan label Vettel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Vettel. Papar semua catatan

Isnin, 28 Mac 2011

Vettel terbaik

pix_gal0
Jagoan Jerman laung amaran awal selepas juarai GP Australia

MELBOURNE: Juara dunia, Sebastian Vettel melaung amaran buat pesaingnya menerusi kemenangan mutlak bersama jentera Red Bull pada perlumbaan pembuka tirai musim, Grand Prix Australia di Melbourne semalam.

Pemandu Jerman itu yang muncul juara dunia termuda pada usia 23, tahun lalu, mendahului pemandu lain sepanjang perlumbaan di litar jalan raya Albert Park, meninggalkan juara dunia 2008, Lewis Hamilton dari McLaren di tempat kedua dengan jarak melebihi 22 saat, dan pemandu Russia, Vitaly Petrov dari Lotus Renault ketiga. Vettel bagaimanapun menafikan tanggapan yang juara pengeluar tahun lalu, Red Bull akan sekali lagi mendominasi musim 2011. “Saya tidak suka perkataan dominasi di peringkat ini,” kata Vettel. “Perjalanan masih jauh dan kami perlu berpijak di bumi nyata.

“Perlumbaan hari ini (semalam) baik, jelas kami meraih banyak mata penting untuk bekalan musim ini. Kami boleh bergembira buat masa ini, tetapi tahun ini masih panjang dan macam-macam boleh berlaku.” Ini adalah kemenangan ke-11 Vettel dalam perlumbaan ke-63 kerjayanya, kesinambungan terbaik selepas kejuaraan pada perlumbaan terak-hir di Abu Dhabi, musim lalu.



kredit

Vettel juara F1 Australia

MELBOURNE: Juara dunia, Sebastian Vettel, mendahului selesa sepanjang perlumbaan dalam jentera Red Bull untuk memenangi saingan pembuka tirai Grand Prix Australia di sini hari ini.

Vettel yang menjadi juara termuda pada usia 23 tahun musim lalu, terlalu pantas untuk pencabar lain di Litar Albert Park dan mengatasi juara 2008 dari McLaren, Lewis Hamilton, dengan perbezaan masa lebih 22 saat.

Pelumba berbangsa Russia daripada pasukan Lotus Renault, Vitaly Petrov, di tempat ketiga . Ia adalah kemenangan perlumbaan GP ke-63 untuk Vettel selepas yang terakhir di musim lalu di Abu Dhabi. - AFP

kredit

Ahad, 27 Mac 2011

Vettel bakar Albert Park

Juara dunia F1 sambar petak pertama GP Australia

JUARA Formula Satu (F1) dunia Red Bull Racing, Sebastian Vettel mengakui dia tidak perlu menggunakan tenaga pecut tambahan KERS (sistem pemulihan tenaga kinetik) untuk menyambar petak pertama Grand Prix Australia di litar jalanan Albert Park, semalam.

Pemandu Jerman berusia 23 tahun itu, turut membuatkan rakan sepasukan Mark Webber menggelengkan kepala selepas mencatat masa sepusingan terpantas satu minit 23.520 saat. Catatan Vettel itu hampir setengah saat lebih pantas berbanding masa yang dilakukannya ketika merebut petak utama di litar sama tahun lalu, dan 0.8s lebih pantas berbanding pencabar terdekat dari pada McLaren, Lewis Hamilton.

Namun juara F1 termuda dunia itu dengan nada berwaspada berkata, walaupun jurang tampak agak besar, musim perlumbaan baru bermula dan banyak perkara boleh berlaku.


“Ini posisi yang baik dan saya gembira tetapi kami perlu berpijak di bumi nyata,” katanya yang gagal menamatkan saingan dalam perlumbaan terakhir musim lalu.


Sabtu, 26 Mac 2011

Vettel kuasai petak utama GP Australia esok

MELBOURNE: Pemandu Jerman, Sebastian Vettel akan memulakan perlumbaan Grand Prix Australia di petak utama selepas mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan sebentar tadi.

Vettel mencatat masa 1 minit, 23.529 saat, lebih pantas mengatasi catatan kedua terpantas oleh pencabar utama, Lewis Hamilton yang memandu McLaren.

Pemandu Red Bull, Mark Webber yang juga rakan sepasukan Vettel akan bermula dari petak ketiga di hadapan penonton tempatan manakala Jenson Button dari McLaren keempat dalam usaha mencatat kemenangan ketiga berturut-turut di Melbourne. Pemandu Ferrari, Fernando Alonso kelima manakala pemandu Mercedes, Michael Schumacher di tempat ke-11. - AP
 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger