Memaparkan catatan dengan label tembakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tembakan. Papar semua catatan

Selasa, 29 Mac 2011

Pihak berkuasa Syria lepaskan tembakan surai penunjuk perasaan

DAMSYIK 29 Mac - Pihak berkuasa Syria melepaskan tembakan bagi menyuraikan beratus-ratus penunjuk perasaan di Deraa yang menuntut untuk menamatkan darurat hari ini namun mereka berkumpul semula walaupun kerahan tentera digunakan, kata saksi.

Sekurang-kurangnya 61 terkorban sejak 10 hari berlakunya protes menentang kerajaan di bahagian selatan bandar Deraa dan menjadikan ia cabaran terhebat dalam pemerintahan Presiden Bashar al-Assad.

Bagaimanapun, Assad belum membuat sebarang tindakan mengenai protes tersebut yang telah merebak ke Latakia dan Hama namun Timbalan Presidennya, Farouq al-Shara mengatakan Assad akan memberi ucapan penting dalam masa terdekat. - Reuters


kredit

Sabtu, 26 Mac 2011

17 terbunuh demonstrasi di Syria dicemari tembakan

DAMASCUS 26 Mac - Seramai 17 orang terbunuh apabila demonstrasi yang diadakan di Daraa dicemari adegan tembakan, kata seorang aktivis hak kemanusiaan.


"Kesemua mereka terbunuh kerana ditembak ketika sedang berarak dari kampung Sanamen ke Daraa," ujarnya.


Ujarnya, pasukan keselamatan turut menembak ke arah pembantah yang berkumpul di Daraa, hari ini. - AFP

Jumaat, 25 Mac 2011

Polis siasat kes tembakan di Mount Erskine, Tanjung Bungah

GEORGE TOWN 25 Mac - Polis sedang menyiasat satu kejadian tembakan rambang oleh orang yang tidak dikenali di kawasan perumahan Mount Erskine di Tanjung Bungah di sini semalam.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, pada kejadian pukul 3 pagi itu, penduduk di kawasan berkenaan gempar apabila beberapa orang melepaskan beberapa das tembakan ke arah empat buah rumah teres dua tingkat di kawasan taman itu dan tembakan itu mengenai empat buah kenderaan yang diletakkan di hadapan rumah berkenaan.


"Polis mendapati ada kesan tembakan yang menembusi kereta dan menemui beberapa butir peluru bertaburan di atas jalan," katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Polis ke-204 di sini hari ini. - Bernama

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger